Skip to main content

Dunia

4 terkorban, 20 cedera dalam satu lagi insiden tembakan di sekolah di Turkiye

An ambulance leaves the scene following a deadly school shooting, in the southeastern province of Kahramanmaras, Turkey, April 15, 2026. IHA (Ihlas News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY TPX IMAGES OF THE DAY
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Kahramanmaras, selatan Turkiye pada Rabu. - Foto REUTERS

ANKARA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Kahramanmaras, selatan Turkiye pada Rabu, menurut beberapa laporan media yang memetik Gabenor Wilayah Kahramanmaras Mukerrem Unluer, lapor Xinhua.

Unluer berkata suspek penembak ialah seorang pelajar sekolah menengah, menurut laporan media.

Advertisement

Insiden itu berlaku hanya sehari selepas satu lagi kejadian tembakan di sekolah di daerah Siverek di wilayah Sanliurfa, tenggara Turkiye, yang mencederakan sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya pelajar.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video