INTERNATIONAL
Sriwijaya Air: Pasukan dari AS sertai misi siasatan pesawat
Penyiasat dari KNKT Indonesia dan NTSB AS memeriksa serpihan pesawat yang ditemui di dalam laut di sekitar kawasan kapal terbang Sriwijaya Air terhempas di Pelabuhan Tanjung Priok Port, Jakarta, 6 Jan, 2021. (Foto AP)
PASUKAN penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) tiba di Tanjong Priok, Jakarta pada Sabtu, bagi menyertai siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air.
Menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Indonesia, pasukan itu terdiri daripada anggota Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, General Electric dan Boeing.
NTSB dikatakan mempunyai kepakaran dalam operasi, serta struktur dan sistem kapal terbang Boeing 737-50.
Turut terlibat dalam operasi siasatan ialah Biro Penyiasat Keselamatan Pengangkutan, Singapura.
Sabtu lalu, pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak, membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal, terputus hubungan selepas berlepas pada jam 2.36 petang.
Pesawat tersebut dilaporkan terhempas di Perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.
Para penyelam menemui sebahagian perakam suara kokpit pesawat pada Jumaat ketika lebih ramai anggota menyertai operasi mencari dan menyelamat.

#Jakarta
#Boeing
#Amerika Syarikat
#pesawat
#siasatan
#Nahas
#terhempas
#penerbangan
#NTSB
#Sriwijaya Air
#Singapura
#keselamatan