UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga akan memfokuskan kepada pencarian kotak hitam pesawat malang itu.

Astro Awani
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga akan memfokuskan kepada pencarian kotak hitam pesawat malang itu.

Pesawat terkandas terlalu lama punca nahas?

Thu Jan 14 2021

Pegawai penyiasat sedang meneliti kemungkinan nahas Sriwijaya Airlines SJ182 Sabtu lalu disebabkan pesawat yang terlalu lama tidak beroperasi susulan pandemik COVID-19.

Pesawat Boeing 737-500 yang berusia 27 tahun itu dipercayai berada di lapangan terbang kira-kira sembilan bulan.
Ia berikutan jadual operasi penerbangan terpaksa dikurangkan susulan COVID-19.


BACA BERITA PENUH

'Pesawat tidak meletup di udara'

Mon Jan 11 2021

Pesawat Sriwijaya Air Sj-182 dipercayai tidak meletup di udara, sebaliknya berkecai ketika terhempas di laut.

Penyiasat di Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) berkata dapatan siasatan awal itu berdasarkan keadaan serpihan yang dijumpai berdekatan antara satu sama lain.

"Kami tidak dapat memastikannya, tetapi jika dilihat pada serpihan, ia bertaburan dalam lingkungan kawasan yang tidaik terlalu luas.

"Ia berkemungkinan berkecai apabila terhempas ke laut kerana jika meletup di udara, serpihan pastinya akan tersebar lebih jauh," kata Nurcahyo Utomo yang dipetik Reuters pada Isnin.

Sriwijaya Air pikul tanggungjawab

Mon Jan 11 2021

Pihak pengurusan Sriwijaya Air berjanji untuk memikul tanggungjawab terhadap keluarga 64 penumpang yang terkorban dalam nahas pada Sabtu.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan terbaharu mengucapkan takziah atas nahas yang membabitkan pesawat miliknya

"Kami akan terus memberikan dukungan penuh dan pendampingan bagi keluarga penumpang SJ 182 selama proses evakuasi dan identifikasi berlangsung," tulis Sriwijaya Air dalam satu kenyataan.

Sriwijaya juga akan terus bekerjasama dengan pihak berwajib dalam usaha melakukan proses evakuasi dan siasatan ke atas nahas pesawat Sriwijaya Air SJ-182.

Hari ke-3: Pencarian kotak hitam diteruskan

Mon Jan 11 2021

Pencarian bangkai pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu diteruskan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga akan memfokuskan kepada pencarian kotak hitam pesawat malang itu.


BERITA PENUH DI SINI

15 beg mayat dibawa ke hospital

Sun Jan 10 2021

Operasi mencari dan menyelamat, SAR berjaya membawa keluar lapan lagi beg mayat dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 15 beg mayat ditempatkan di hospital setakat ini.


BERITA PENUH DI SINI

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air berjaya dikesan

Sun Jan 10 2021

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi pencarian pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, mula menemukan serpihan pesawat dan enjin, barangan penumpang serta cebisan-cebisan mayat.

Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto berkata, pasukan SAR juga telah mengenal pasti kotak hitam pesawat itu di satu koordinat (tidak dinyatakan) yang berada pada kedalaman 23 meter di perairan berkenaan.



Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Jokowi berduka cita, arah segerakan operasi mencari mangsa

Sun Jan 10 2021

Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi menzahirkan rasa duka cita atas insiden nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182 di Kepulauan Seribu.

“Saya atas nama pemerintah dan seluruh masyarakat Indonesia menyampaikan duka cita yang mendalam atas terjadinya musibah ini," kata Jokowi menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Sekretariat Presiden, pada Ahad.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

10 fakta semasa nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182

Sun Jan 10 2021

KEHILANGAN pesawat Sriwijaya Air SJ182 Indonesia pada Sabtu menggemparkan industri penerbangan negara itu.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.

Berikut 10 perkara anda perlu tahu setakat ini tentang nahas membabitkan pesawat Sriwijaya Air SJ182.


BERITA PENUH DI SINI

Parts of plane wreckage found

Sun Jan 10 2021

Indonesian divers on Sunday located parts of the wreckage of a Boeing 737-500 at a depth of 23 meters (75 feet) in the Java Sea, a day after the aircraft with 62 people onboard crashed shortly after takeoff from Jakarta.

“We received reports from the diver team that the visibility in the water is good and clear, allowing the discovery of some parts of the plane," Air Chief Marshal Hadi Tjahjanto said in a statement.

“We are sure that is the point where the plane crashed.”


READ FULL STORY HERE

Serpihan pesawat ditemui di Laut Jawa

Sun Jan 10 2021

Pasukan penyelam Indonesia berjaya menemukan serpihan pesawat Boeing 737-500 pada kedalaman 23 meter di Laut Jawa pada Ahad.

"Kami mendapat laporan daripada pasukan penyelam bahawa kadar penglihatan di dalam air adalah baik, dan ini membolehkan mereka menjumpai serpihan pesawat berkenaan," kata Ketua Marshal Udara Hadi Tjahjanto dalam satu kenyataan.


BERITA LANJUT DI SINI

Nahas Sriwijaya: Wanita kongsi lambaian terakhir

Sun Jan 10 2021

SEORANG wanita dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas di Kepulauan Seribu semalam, sempat berkongsi detik-detik akhirnya sebelum kejadian.

Melalui perkongsian di IG Story di Instagram, wanita yang menggunakan akaun @ratihwindania sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya sebelum menaiki pesawat.


BERITA LANJUT DI SINI

Sriwijaya Air siasat nahas

Sun Jan 10 2021

Pihak pengurusan Sriwijaya Air dilapor sedang melakukan siasatan awal berhubung insiden nahas melibatkan pesawat SJ182 miliknya yang disahkan terhempas semalam.


"Pihak pengurusan sedang berkomunikasi dan menyiasat insiden ini, dan kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi berserta maklumat tepat," kata pengurus komuninasi korporat Sriwijaya Air, Theodora Erika.


BERITA LANJUT SEKETIKA NANTI

Perkembangan usaha SAR di Indonesia

Sun Jan 10 2021

Boeing sedia salur bantuan kepada keluarga mangsa

Sun Jan 10 2021

SYARIKAT pengeluar pesawat Boeing sedang mengikuti rapat nahas pesawat terhempas melibatkan penerbangan Sriwijaya Air di Indonesia sejak Sabtu.

Dalam tweet terbaharu, syarikat itu berkata ketika ini pihaknya sedang mengumpul semua maklumat berkaitan insiden berkenaan.


BERITA LANJUT DI SINI

Boeing terima laporan, pantau situasi

Sun Jan 10 2021

We are aware of media reports from Jakarta regarding Sriwijaya Air flight SJ-182. Our thoughts are with the crew, passengers, and their families. We are in contact with our airline customer and stand ready to support them during this difficult time.

— The Boeing Company (@Boeing) January 9, 2021

Cebisan mayat ditemukan

Sun Jan 10 2021

Pasukan Tindakan Kecemasan dilaporkan berjaya menemukan cebisan mayat semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas di perairan Kepulauan Seribu.

Menurut Kapten EKo Surya Hadi, mereka turut menemukan jaket keselamatan, avtur (bahan bakar turbin penerbangan) dan serpihan pesawat.


BERITA LANJUT DI SINI

100 beg mayat disediakan

Sat Jan 09 2021

Pasukan Palang Merah Indonesia menyediakan 100 beg mayat untuk mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang dipercayai terhempas pada Sabtu.

Lima ambulans turut ditempatkan di Pantai Tanjung Kait, Kabupaten Tangerang, Banten sementara menantikan pasukan mencari dan menyelamat.


BERITA LANJUT DI SINI

Koordinat nahas ditemukan

Sat Jan 09 2021

Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182 dimulakan pagi ini setelah lokasi insiden dikenal pasti.

Panglima Koarmada I, Laksamana Muda TNI Abdul Rasyid berkata pihak berkuasa Indonesia telah menemukan titik koordinat lokasi Sriwijaya Air terhempas dan beberapa kapal Republik Indonesia (KRI) kini dikerah ke lokasi.


BERITA LANJUT DI SINI

Nahas Sriwijaya Air: 'Pesawat dalam keadaan baik' - CEO

Sat Jan 09 2021

Pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada Sabtu beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta, dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Hal itu dinyatakan Ketua Eksekutif syarikat penerbangan tersebut, Jefferson Irwin Jauwena.

BERITA LANJUT DI SINI

Nahas Sriwijaya | Basarnas harap dapat kenal pasti lokasi

Sat Jan 09 2021

Pesawat Sriwijaya Air disahkan terhempas - Menteri Perhubungan Indonesia

Sat Jan 09 2021

Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, hari ini.

Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam siaran media menerusi webinar malam ini, berkata pesawat itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

BERITA LANJUT DI SINI

Nahas Sriwijaya Air: Pasukan penyelamat fokus cari lokasi pesawat terhempas

Sat Jan 09 2021

Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) berharap dapat mengenal pasti lokasi pesawat Sriwijaya Air SJ-182 mungkin terhempas, malam ini.

Dalam satu sidang media sebentar tadi, BASARNAS berkata itu merupakan fokus mereka malam ini, sebelum proses mencari dan menyelamat dilakukan esok.

BERITA LANJUT DI SINI

Perkembangan pencarian pesawat Sriwijaya Air

Sat Jan 09 2021

Doa keluarga

Sat Jan 09 2021

Mohon doanya utk adik kami tercinta co-pilot Fadly Satrianto yg berada dlm penerbangan #SJ182 semoga diberikan yg terbaik utknya dan mohon doa utk kelg kami Marzuki fam agar diberikan kekuatan ??? aamiiiiin yaa Robbal alaamiiiiin ?? pic.twitter.com/4EzWwWd6fR

— Windy Marzuki (@Senhora_Windy) January 9, 2021

Pesawat Sriwijaya Air terhempas?

Sat Jan 09 2021

Nelayan dengar bunyi ledakan, nampak percikan api

Sat Jan 09 2021

Pesawat Sriwijaya Air yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak pada Sabtu telah terhempas di sekitar Pulau Laki.

Perkara itu dinyatakan Bupati atau Ketua Daerah Kepulauan Seribu, Djunaedi, ketika menjawab soalan media yang mahukan pengesahan tentang insiden tersebut, lapor Kompas.com.

BERITA LANJUT DI SINI

Pesawat Sriwijaya Air dilapor hilang dari radar

Sat Jan 09 2021

Pesawat komersial Sriwijaya Air SJ182 yang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Indonesia dilaporkan hilang dari radar pada Sabtu, lapor portal berita Detik.com.

Maklumat awal menyatakan bahawa pesawat berkenaan membawa 56 penumpang yang terdiri daripada 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.

BERITA LANJUT DI SINI

#Pesawat Sriwijaya#pesawat Indonesia terhempas#Sriwijaya Air#hilang dari radar#nahas pesawat Sriwijaya Air
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.