Stadium bola sepak Palmeiras di Sao Paolo, berubah menjadi panggung wayang pandu masuk selepas beberapa bulan ditutup akibat pandemik COVID-19.
Ia dianggap sebahagian daripada rancangan kerajaan dalam merancakkan ekonomi dan memberi semangat di kalangan rakyat di Brazil yang sekian lama terkurung di dalam rumah.
Kalau sebelum ini penduduk ke stadium itu bagi menonton perlawanan bola sepak, kini mereka boleh membawa masuk kereta ke ruangan yang mampu muat sehingga 300 buah kereta.
Menurut Alessandro Tessari yang sering menonton perlawanan kelab kegemarannya itu, tidak pernah terfikir bahawa dia akan ke stadium itu semata-mata untuk menonton filem dan bukan aksi perlawanan bola sepak.
“Saya penyokong kelab Palmeiras (kelab bola sepak), dan saya sering ke sini (stadium), dan saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan berada di sini untuk menonton filem,” jelasnya.
Industri hiburan di Brazil merupakan antara sektor pertama yang menghentikan aktivitinya akibat wabak COVID-19, dan kini antara sektor terakhir yang dibuka semula.
Antara aktiviti yang disediakan di stadium itu termasuk pameran filem klasik, pertunjukan komedi dan teater kanak-kanak.
Bagaimanapun ia hanya dibuka bermula 24 Jun lalu sehingga 19 Julai.
Agensi
Fri Jun 26 2020
Kalau sebelum ini penduduk ke stadium itu bagi menonton perlawanan bola sepak, kini mereka boleh membawa masuk kereta ke ruangan yang mampu muat sehingga 300 buah kereta. - AP
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Stadium bola sepak di Brazil 'berubah' jadi panggung wayang pandu lalu
Ia dianggap sebahagian daripada rancangan kerajaan dalam merancakkan ekonomi dan memberi semangat di kalangan rakyat di Brazil.