awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status Tapak Warisan Dunia UNESCO Stonehenge bakal ditarik balik

Agensi
Agensi
10/09/2017
14:45 MYT
Status Tapak Warisan Dunia UNESCO Stonehenge bakal ditarik balik
Stonehenge diberi status Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986. - Reuters
Status Tapak Warisan Dunia UNESCO di Stonehenge, Britain bakal ditarik balik.
Ini susulan rancangan membina terowong berdekatan tapak bersejarah itu bagi mengatasi masalah lalu lintas teruk di kawasan berkenaan yang telah berlarutan sejak 20 tahun.
Jalan utama di sekeliling Wiltshire sesak setiap hari dengan pengguna jalan raya dan pelancong.
Dianggarkan seramai 6,000 pelancong berkunjung ke tapak Stonehenge tersebut yang menyebabkan kesesakan lalu lintas paling teruk di Britain.
Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan bercadang untuk membina terowong sepanjang 2.9 kilometer di bawah Stonehenge.
Rancangan ini disokong oleh National Trust yang memiliki hampir kesemua tanah di kawasan itu.
Namun, ia akan menjejaskan status Tapak Warisan Dunia UNESCO yang hanya diberi kepada tempat bersejarah yang dilindungi tanpa sebarang pembangunan di sekeliling.
Sebelum ini, bekas perdana menteri Britain David Cameron telah menjanjikan peruntukan sebanyak 2 bilion Pound Sterling bagi pembinaan terowong itu pada tahun 2014.
Rancangan ini bakal diluluskan semasa dibentangkan di Parlimen pada Selasa.
Stonehenge diberi status Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986.
Topic Berkaitan
#kesesakan
#lalu lintas
#Status
#stonehenge
#tapak warisan dunia
#trafik
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan