awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Nur Farah Kartini: AGC tolak representasi Lans Koperal
Skandal rasuah ATM: Siasatan tidak terhad kes tertentu - Azam Baki
Rayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai Seine: Paris benarkan aktiviti mandi-manda buat kali pertama dalam 100 tahun

Agensi
Agensi
13/07/2025
09:21 MYT
Sungai Seine: Paris benarkan aktiviti mandi-manda buat kali pertama dalam 100 tahun
Aktiviti berenang di Sungai Seine telah diharamkan sejak tahun 1923 kerana pencemaran dan risiko keselamatan kerana ia merupakan laluan bot. - Reuters
PARIS: Buat kali pertama dalam tempoh lebih satu abad, penduduk Paris dan pelancong kini boleh menikmati aktiviti mandi-manda di Sungai Seine.
Sungai yang dahulunya tercemar kini dibuka semula sebagai kawasan mandi musim panas selepas projek pembersihan bernilai 1.4 bilion euro (RM7.4 bilion) berjaya menjadikan sungai itu sesuai untuk Sukan Olimpik tahun lalu.
Aktiviti berenang di Sungai Seine telah diharamkan sejak tahun 1923 kerana pencemaran dan risiko keselamatan kerana ia merupakan laluan bot.
Namun begitu, dengan langkah keselamatan baharu, tiga lokasi mandi kini dibuka secara rasmi di tebing Sungai Seine, iaitu satu berhampiran Katedral Notre Dame, satu lagi berdekatan Menara Eiffel, dan satu lagi di bahagian timur Paris.
Menurut Timbalan Datuk Bandar Paris, Pierre Rabadan, kualiti air diuji setiap hari bagi memastikan ia selamat untuk dimasuki.
Seperti di pantai-pantai di Perancis, bendera berwarna akan digunakan untuk memaklumkan kepada pengunjung sama ada aktiviti berenang dibenarkan pada hari tersebut atau tidak.
Topic Berkaitan
#Paris
#sungai seine
#pembersihan
#sanitasi
#pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan