awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suryadharma Ali: Saya tidak akan letak jawatan

Fuad Misbah
Fuad Misbah
23/05/2014
13:26 MYT
Suryadharma Ali: Saya tidak akan letak jawatan
Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Suryadharma Ali telah disyaki melakukan penyelewengan dana haji oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) - AFP PHOTO / ADEK BERRY
Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Suryadharma Ali menyatakan dia tidak akan melepaskan jawatan walaupun menjadi suspek di dalam kes penyelewengan dana haji olek Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK).
"Saya belum membuat keputusan itu. Saya masih memikirkan urusan haji rakyat Indonesia untuk tahun ini," kata Suryadharma di Pejabatnya di Kementerian Agama, Jakarta, Indonesia pada Jumaat.
Surydharma berkata demikian ketika sidang media bersama timbalan beliau, Nasaruddin Umar dan Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Agama, M Jasin.
Ketika ditanya mengenai kes penyelewengan dana haji tersebut, beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan kerana pertuduhan itu masih belum jelas.
Namun, beliau berharap dakwaan yang dilakukan oleh KPK itu hanyalah salah faham dan seperti yang dilaporkan oleh Kompas.com, Surydharma secara peribadi merasakan tidak melakukan sebarang penyelewengan terhadap dana haji sepanjang menjawat jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.
Pada Khamis, KPK menamakan Suryadharma sebagai suspek kes penyelewengan dana haji pada tahun 2012-2013.
KPK juga mendakwa Surydharma telah melakukan penyelewengan dana haji yang melibatkan penyelewengan peribadi, serta penyelewengan terhadap dana haji yang melibatkan katering, penginapan, dan pengangkutan para jemaah haji Indonesia.
Sekiranya didapati bersalah, beliau akan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Sebelum ini, kes penyelewengan dana haji pernah berlaku yang membabitkan mantan Menteri Hal Ehwal Agama, Said Agil Husein Al-Munawar, yang telah dijatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah di dalam kes penyelewengan dana haji yang dikelolakan oleh Kerajaan pada tahun 2002-2004.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Penyelewengan Dana Haji
#Rasuah
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK)
#Suryadharma Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan