awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek dipercayai tembak nenek sebelum serang murid sekolah rendah - Gabenor

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2022
00:00 MYT
Suspek dipercayai tembak nenek sebelum serang murid sekolah rendah - Gabenor
ABBOTT: Dilaporkan suspek telah menembak neneknya sejurus sebelum masuk ke kawasan sekolah. -Reuters
UVALDE: Suspek tembakan rambang di Texas, Amerika Syarikat (AS), Salvador Ramos, 18, dilapor menembak neneknya sendiri sebelum melancarkan serangan di Sekolah Rendah Robb.
"Dilaporkan suspek telah menembak neneknya sejurus sebelum masuk ke kawasan sekolah," kata Gabenor Texas, Greg Abbott pada Selasa.
Walau bagaimanapun, keadaan nenek suspek yang tidak dinamakan itu setakat ini masih belum diketahui.
Selain itu, Ramos dilapor turut menghantar mesej dengan foto dirinya bersama senjata api kepada seorang wanita di Instagram sejam sebelum kejadian.
Akaun media sosial Ramos sebelum ini dilapor dipenuhi dengan gambarnya bersama senjata yang dibeli secara sah pada hari lahirnya yang ke-18.
Difahamkan akaun media sosial terbabit telah dipadamkan susulan insiden.
Sekolah Rendah Robb, yang terletak di bandar Uvalde, kira-kira 95 kilometer di timur sempadan Mexico, mempunyai 600 pelajar berdaftar.
Sekolah Rendah Robb, yang terletak di bandar Uvalde, kira-kira 95 kilometer di timur sempadan Mexico, mempunyai 600 pelajar berdaftar.
Seramai 14 murid Sekolah Rendah Robb terkorban dalam insiden tembakan rambang pada petang Selasa.
Turut terkorban seorang guru sekolah berkenaan.
Suspek yang membawa sebuah senapang patah dan sepucuk pistol juga mati ditembak anggota polis yang dikerah ke sekolah rendah tersebut.
Tiada maklumat lanjut mengenai motif kejadian setakat ini.
BACA: 14 pelajar, 1 guru maut insiden tembakan di sekolah
[TERKINI] Insiden Tembakan: 14 pelajar, seorang guru mati ditembak di Texas
Insiden tembakan di sekolah ini merupakan kejadian paling dahsyat selain dua lagi insiden di Florida dan Connecticut beberapa tahun lalu.
Pada 2018, seramai 14 pelajar sekolah menengah dan tiga kakitangan Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida terbunuh.
Manakala pada 2012, seramai 20 kanak-kanak dan enam kakitangan terbunuh dalam insiden tembakan di sekolah rendah Sandy Hook di Connecticut.
Sekolah Rendah Robb, yang terletak di bandar Uvalde, kira-kira 95 kilometer di timur sempadan Mexico, mempunyai 600 pelajar berdaftar.
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#Sekolah Rendah Robb
#Salvador Ramos
#Greg Abbott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan