awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek hantar gambar pistol, peluru sebelum serangan - Bekas rakan sekelas

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2022
03:37 MYT
Suspek hantar gambar pistol, peluru sebelum serangan - Bekas rakan sekelas
Pihak berkuasa berkawal di lokasi kejadian tembakan di Sekolah Rendah Robb, Texas pada 24 Mei 2022. -Reuters
UVALDE: Bekas rakan sekelas suspek insiden tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb mengaku ada menerima gambar pistol dan peluru daripadanya sebelum serangan.
Lelaki yang mendakwa bekas rakan sekelas suspek, Salvador Ramos, 18, berkata suspek pernah menghantar mesej kepadanya berserta gambar senjata api dan beg berisi peluru beberapa hari sebelum serangan itu, lapor CNN.
Lelaki itu, yang tidak mahu dikenali, berkata dia agak "rapat" dengan Ramos dan pernah diajak bermain Xbox bersama-sama.
"Dia akan menghantar mesej kepada saya.
"Dan empat hari lalu dia hantar gambar senjata AR yang dia gunakan dan beg galas yang penuh dengan peluru 5.56 kaliber, juga mungkin dalam tujuh lelopak peluru.
"Saya tanya 'mengapa dia ada semua ini?' dan dia cakap, 'tak perlu risaulah,'" kata rakan itu.
Lelaki itu mendakwa Ramos sering diejek kerana pakaiannya juga keadaan kewangan keluarganya.
Topic Berkaitan
#Salvador Ramos
#tembakan di sekolah rendah Robb
#suspek insiden tembakan rambang
#gambar pistol dan peluru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan