Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan

Kulasegaran berkata, berdasarkan pemeriksaannya, tidak ada syarat yang menetapkan penjawat awam dikenakan had tertentu untuk membuat pelaburan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan berhubung tindakan susulan terhadap dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan berhubung tindakan susulan terhadap dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memiliki saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan.
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran menekankan konsep asas bahawa seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
- Kulasegaran menjelaskan bahawa tiada syarat yang menghalang penjawat awam daripada melabur, dan SPRM telah menegaskan Azam Baki telah mematuhi keperluan pengisytiharan harta secara rasmi.
"Ini perlu penyiasatan dan akhir sekali, keputusan patut dibuat oleh Perdana Menteri dan Kabinet. Saya difahamkan, tidak lama lagi, mesti satu keputusan akan dibuat dan kita semua akan diberitahu tetapi ini bukan menunjukkan kita lari daripada tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab celahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang mencadangkan agar Azam direhatkan daripada jawatannya buat sementara waktu untuk melancarkan proses siasatan.
Mengulas lanjut, Kulasegaran berkata, berdasarkan pemeriksaannya, tiada syarat yang menetapkan penjawat awam dikenakan had tertentu untuk membuat pelaburan.
"Sebenarnya tidak ada had. Yang Berhormat boleh tunjuk mana-mana, jika ada undang-undang atau yang sedemikian tetapi mengikut Bloomberg, ia ada kata sedemikian. Saya periksa mana-mana dan saya tidak dapat pastikan. Tiada ada syarat kukuh bagi penjawat awam mempunyai had untuk melabur.
"Adakah perkara ini sudah dimaklumkan (Azam) kepada pihak berkenaan dengan kerajaan? Saya difahamkan perkara ini sudah dilaporkan kepada kerajaan semasa pelaburan dibuat, maka soalan itu tidak berbangkit pada masa sekarang," ujarnya.
SPRM dalam kenyataan pada Selasa menegaskan, Ketua Pesuruhjayanya iaitu Tan Sri Azam Baki telah mematuhi sepenuhnya keperluan pengisytiharan harta melalui saluran rasmi kerajaan, sekali gus menafikan dakwaan tidak berasas yang cuba mengaitkan kepimpinan suruhanjaya itu dengan isu ketidakpatuhan tatakelola perkhidmatan awam.
SPRM menjelaskan pengisytiharan harta tersebut dibuat melalui Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), selaku pihak berkuasa pentadbiran yang memantau pematuhan penjawat awam terhadap peraturan sedia ada.
Menurut laporan Bloomberg, Azam, 62, didakwa memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.
Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Perdana Menteri dan Kabinet berhubung dakwaan saham Tan Sri Azam Baki? A: Perdana Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan berkenaan tindakan susulan terhadap dakwaan saham yang dimiliki oleh Tan Sri Azam Baki.
- Q: Mengapakah Timbalan Menteri M Kulasegaran menekankan konsep asas "tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah"? A: Kulasegaran menekankan konsep ini untuk menegaskan prinsip keadilan dan keperluan untuk penyiasatan menyeluruh sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap dakwaan.
- Q: Adakah terdapat sekatan bagi penjawat awam untuk melabur dalam artikel ini? A: Berdasarkan pemeriksaan, tiada syarat yang menghalang penjawat awam daripada melabur, dan SPRM telah memastikan bahawa Azam Baki telah mematuhi proses pengisytiharan harta secara rasmi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

