DUNIA
Suspek kes pembunuhan Charlie Kirk ditahan - Pengarah FBI

Anggota penguat kuasa bersiap sedia untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan di sebuah bangunan di Utah Valley University. - Foto AP
UTAH: Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Kash Patel, mengesahkan bahawa suspek utama dalam kes tembakan maut terhadap aktivis konservatif Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk, kini berada dalam tahanan pihak berkuasa tempatan.
Ringkasan AI
- Pengarah FBI Kash Patel mengesahkan individu yang disyaki menembak aktivis konservatif Charlie Kirk kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Utah.
- Kirk ditembak di leher ketika berucap dalam acara -The American Comeback Tour- di Utah Valley University, mencetuskan kejutan besar dalam kalangan penyokong konservatif.
- Identiti suspek belum didedahkan, siasatan masih berjalan, dan insiden ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan aktivis politik di institusi pendidikan.
Dalam kenyataan rasmi di platform media sosial, Patel menyatakan: “Individu yang bertanggungjawab dalam insiden tembakan ngeri yang meragut nyawa Charlie Kirk kini telah ditahan. Terima kasih kepada pihak berkuasa negeri dan tempatan di Utah atas kerjasama mereka dengan FBI”.
Insiden tersebut mencetuskan kejutan besar dalam kalangan penyokong gerakan konservatif, dengan Presiden Donald Trump dan Naib Presiden JD Vance segera mengeluarkan kenyataan menggesa rakyat AS mendoakan keluarga Kirk.
Trump menyifatkan Kirk sebagai “tokoh hebat dan legenda” yang amat disayangi, terutama oleh golongan muda.
Setakat ini, identiti suspek belum didedahkan secara rasmi, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan motif serangan.
Pihak berkuasa turut meneliti rakaman video dari lokasi kejadian yang menunjukkan Kirk rebah selepas terkena tembakan, sebelum dibawa keluar oleh pasukan keselamatan peribadinya.
Kematian Kirk menambah kebimbangan terhadap keselamatan aktivis politik di kampus universiti, dan pihak FBI dijangka mengeluarkan maklumat lanjut sebaik siasatan selesai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami