awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tembak Dallas dikenali sebagai Micah Johnson: media AS

AFP
AFP
08/07/2016
15:03 MYT
Suspek kes tembak Dallas dikenali sebagai Micah Johnson: media AS
Micah Johnson dikenalpasti terbunuh dalam pertarungan sengit dengan polis selepas insiden tembakan di Dallas, yang turut mencederakan dua orang awam. - Foto AFP
Lelaki yang disyaki melepaskan tembakan kepada pegawai polis di Dallas, membunuh lima orang dan mencederakan tujuh yang lain, telah dikenal pasti sebagai Micah Johnson, penduduk Texas berusia 25 tahun, media AS melaporkan pada Jumaat.
Johnson tinggal di Mesquite, yang terletak di pinggir bandar Dallas, menurut CBS News dan NBC News.
Dia terbunuh dalam pertarungan sengit dengan polis selepas insiden tembakan itu, yang turut mengakibatkan kecederaan kepada dua orang awam.
CNN, memetik seorang pegawai penguatkuasa undang-undang yang tidak dinamakan berkata, Johnson tidak mempunyai rekod jenayah atau diketahui mempunyai hubungan dengan kumpulan pelampau.
Stesen televisyen itu menyiarkan gambar yang dikatakan imej suspek, seorang lelaki hitam dengan janggut pendek yang sedang menunjukkan penumbuknya dan memakai jubah dengan lakaran gaya Afrika.
Johnson berkhidmat di Rizab Tentera Amerika Syarikat sehingga April 2015, ABC News melaporkan. Pegawai pertahanan yang tidak dinamakan memberitahu stesen itu, beliau dilatih sebagai pakar pertukangan kayu dan batu.
Topic Berkaitan
#Dallas
#Micah Johnson
#penyerang hendap
#polis
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan