awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
JKM Sarawak sedia hadapi banjir - Nancy
Zohran Mamdani batal semua arahan eksekutif mantan Datuk Bandar NY
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek penggal kepala guru di Paris merupakan pelarian Chechen

Agensi
Agensi
18/10/2020
06:18 MYT
Suspek penggal kepala guru di Paris merupakan pelarian Chechen
Menurut kronologi kejadian, Paty telah membincang isu karikatur Nabi Muhammad dalam kelasnya, dan akhirnya membawa kepada ugutan bunuh. - Foto REUTERS
PARIS:Suspek yang ditembak mati kerana memenggal kepala seorang guru mata pelajaran Sejarah di Paris, merupakan lelaki pelarian Chechen berusia 18 tahun, menurut pihak berkuasa Perancis pada Sabtu.
Laporan AP memetik Pejabat Pendakwaraya Anti-Keganasan Perancis sebagai berkata, pihak penyiasat kes pembunuhan Samuel Paty, 47, di Conflans-Sainte-Honorine, turut menahan sembilan suspek, termasuk datuk, ibu bapa, dan adik lelaki suspek.
Menurut kronologi kejadian, Paty sebelum ini telah membincangkan isu karikatur Nabi Muhammad dalam kelasnya, dan perbincangan itu akhirnya membawa kepada ugutan oleh pihak tertentu.
Pendakwaraya anti-keganasan Perancis Jean-Francois Ricard berkata, susulan itu siasatan terhadap pembunuhan dengan motif keganasan telah dibuka.
Beliau memberitahu media tempatan bahawa suspek kelahiran Moscow bernama Abdoulakh A itu, telah dibenarkan tinggal di Perancis selama 10 tahun dengan status pelarian.
Ricard juga berkata, suspek dilihat berada di sekolah bertanyakan tentang maklumat peribadi guru berkenaan, dan pengetua sekolah terbabit didakwa menerima panggilan berbaur ugutan.
Suspek bagaimanapun ditembak mati anggota polis sejurus serangan pada Jumaat itu.
Topic Berkaitan
#Media
#Paris
#mati
#suspek
#keganasan
#bunuh
#Moscow
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan