Skip to main content

Dunia

Sussan Ley akhiri kerjaya politik selepas 25 tahun berkhidmat

FILE PHOTO: Leader of the Opposition Sussan Ley visits the bridge as the crime scene was reopened following the mass shooting at Bondi Beach on Sunday, in Sydney, Australia, December 19, 2025. REUTERS/Hollie Adams/File Photo
Pengumuman dibuat pada pagi Jumaat menerusi satu kenyataan yang memaklumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta‑merta. - Foto REUTERS

CANBERRA: Bekas pemimpin Liberal, Sussan Ley, secara rasmi menamatkan karier politiknya selepas 25 tahun menjadi wakil rakyat di kerusi Farrer, NSW.

Pengumuman dibuat pada pagi Jumaat menerusi satu kenyataan yang memaklumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa sertamerta.

Advertisement

Ley, yang berhijrah ke Australia ketika masih kecil, menggambarkan pengalamannya tiba di negara itu sebagai permulaan kepada impian besar yang akhirnya membawanya ke dunia politik.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengundi Farrer yang diwakilinya sejak 2001.

Dalam kenyataan sama, Ley memberi isyarat jelas bahawa kerusi Farrer perlu terus dikekalkan oleh Parti Liberal, sambil memuji Angus Taylor, pemimpin baharu parti, sebagai tokoh yang mampu mengekalkan sokongan pengundi dalam pilihan raya kecil akan datang.

Peletakan jawatan Ley sekaligus mencetuskan pilihan raya kecil di Farrer, yang dijangka sengit berikutan minat daripada Liberal, Nationals, One Nation dan calon bebas yang sebelum ini mencabar kedudukan Ley.

Ley menegaskan bahawa pencapaiannya sepanjang dua dekad, termasuk berkhidmat dalam empat kerajaan gabungan dan menerajui parti sebagai ketua pembangkang, "sudah cukup untuk dinilai oleh rakyat" dan kekal dalam ingatan mereka yang pernah berurusan dengannya.

 

Must Watch Video