awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suu Kyi didakwa atas kesalahan di bawah akta rahsia rasmi

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2021
00:12 MYT
Suu Kyi didakwa atas kesalahan di bawah akta rahsia rasmi
Suu Kyi didakwa atas kesalahan mengikut undang-undang rahsia rasmi. -Gambar fail
NAYPYITAW: Pemimpin Myanmar yang digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera, Aung San Suu Kyi didakwa atas kesalahan mengikut undang-undang rahsia rasmi.
Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Min Min Soe selepas Suu Kyi muncul di Mahkamah Naypyitaw menerusi prosiding sidang video.
Min Soe berkata pertuduhan itu difailkan pada 25 Mac lalu.
Katanya, perbicaraan itu turut membabitkan aspek pentadbiran termasuk mengenai pelantikan rasmi lapan peguam bela.
Pertuduhan terhadap Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dibuat ketika ketegangan antarabangsa terhadap rampasan kuasa oleh junta memuncak.
Komuniti antarabangsa juga berang dengan tindakan tentera menangani penunjuk perasaan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 535 orang terbunuh.
Sejak rampasan kuasa juga, penyedia perkhidmatan internet diarah menghentikan operasi, langkah yang dilihat sebagai cubaan menyekat saluran komunikasi.
Tiada butiran lanjut mengenai kes didepani Suu Kyi.
Tetapi kes ke atasnya ditangguh dan disebut semula kemudiannya pada hujung bulan ini.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Min Min Soe
#rahsia rasmi
#Liga Demokrasi Kebangsaan
#NLD
#Penunjuk perasaan
#Junta
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan