awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat tambang rendah Australia, Tigerair umum penutupan

Bernama
Bernama
11/09/2020
23:26 MYT
Syarikat tambang rendah Australia, Tigerair umum penutupan
Tigerair memulakan penerbangan pertamanya di Australia pada 2007 dan membuat keuntungan sejak awal 2010 setelah menawarkan penerbangan tambang rendah di laluan domestik yang popular. - Gambar fail
Syarikat penerbangan tambang rendah Australia, Tigerair mengumumkan penutupan rasmi kerana tekanan yang dihadapi syarikat disebabkan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam e-mel yang dihantar kepada pelanggannya pada Khamis malam, Tigerair mengesahkan penutupan dan mencadangkan mereka yang masih mempunyai tiket yang sah menukarnya menjadi kredit perjalanan untuk penerbangan kendalian syarikat induk, Virgin Australia.
"Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah masa yang sukar buat semua terlibat dalam industri pengembaraan dan pelancongan," kata kenyataan itu.
"Dukacita, setelah hampir 13 tahun beroperasi, satu keputusan sukar terpaksa kami ambil iaitu menamatkan perkhidmatan jenama Tigerair Australia."
Tigerair memulakan penerbangan pertamanya di Australia pada 2007 dan membuat keuntungan sejak awal 2010 setelah menawarkan penerbangan tambang rendah di laluan domestik yang popular. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Virgin Australia pada 2014.
Walaupun berjaya memperoleh kejayaan awal dalam operasi hampir 13 tahun, Tigerair dan syarikat induknya Virgin Australia telah terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.
Kedua-dua syarikat terpaksa mengambil langkah melantik pentadbir untuk menyelamatkan syarikat menerusi penyusunan semula aset dan liabiliti.
Virgin Australia telah dibeli oleh firma Amerika Syarikat, Bain Capital menerusi perjanjian yang dijangka dimuktamadkan pada akhir Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aset
#Australia
#Bain Capital
#COVID-19
#kredit perjalanan
#liabiliti
#penerbangan
#penyusunan semula
#perjanjian
#tambang rendah
#tekanan
#Tigerair
#tutup
#Virgin Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan