awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syria keluar visa untuk OPCW jalankan siasatan di Douma

APTN
APTN
12/04/2018
22:20 MYT
Syria keluar visa untuk OPCW jalankan siasatan di Douma
Foto dikeluarkan Syrian Civil Defense White Helmets menunjukkan mangsa yang didakwa rebah akibat serangan senjata kimia di sebuah bangunan di Douma, Syria, 8 April, 2018. (Syrian Civil Defense White Helmets via AP, Fail)
Syria telah mengeluarkan visa pertama kepada pasukan misi pencarian fakta untuk Pertubuhan untuk Larangan Senjata Kimia (OPCW) bagi menjalankan siasatan di Douma.
Ini bagi membolehkan mereka mendapat akses yang mudah bagi menyiasat penggunaan senjata kimia seperti yang didakwa berlaku di sana.
Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Bashar Ja’afari berkata, penyiasatan ini perlu dilakukan kerana media tempatan di sana berulang kali menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang serangan membabitkan senjata kimia di sana.
Ja’afari berkata demikian pada sebuah mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB yang dianjur oleh duta Bolivia yang menyeru semua anggota agar bersetuju tindakan sewajarnya harus diambil bagi menghadapi ketegangan di Douma.
Sebelum ini media antarabangsa melaporkan serangan senjata kimia yang berlaku di Douma telah membunuh puluhan warganya.
Amerika Syarikat dan sekutunya sebelum ini turut menuduh serangan dirancang oleh Presiden Bashar al-Assad dan sekutu kuatnya Presiden Rusia Vladimir Putin.
Tuduhan turut dilemparkan kepada Iran yang didakwa menyokong perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bashar al-Assad
#Donald Trump
#Douma
#Iran
#Majlis Keselamatan
#misi pencarian fakta
#OPCW
#PBB
#Rusia
#senjata kimia
#Syria
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan