awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut politik: Tidak adil Bersatu dipersalahkan sepenuhnya - Dewan Ulama Pas Perlis
Agong dipersembah taklimat perkembangan semasa ATM
Malaysia beri lampu hijau teruskan pencarian MH370, Ocean Infinity terajui operasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan Palestin sarat mengandung akhirnya bebas dari tahanan Israel

Eton Khir
Eton Khir
03/09/2021
07:45 MYT
Tahanan Palestin sarat mengandung akhirnya bebas dari tahanan Israel
Satu petisyen selamatkan Anhar Deek telah dimulakan oleh netizen di platform media sosial, change.org. beberapa bulan yang lalu sebelum mendapat perhatian banyak NGO antarabangsa yang lain. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Seorang tahanan wanita warga Palestin yang kini sedang sarat mengandung sembilan bulan, Anhar al-Deek akhirnya dibebaskan dari penjara oleh pihak berkuasa rejim Israel.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan menerusi laman Instagram, wanita berusia 25 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin sekitar RM50,000 dan bersama arahan tidak boleh keluar dari rumah keluarganya.
“Alhamdulillah, setelah ditekan masyarakat antarabangsa, Anhar Ad-Deek dibebaskan sekejap tadi.
“Beliau akan dibawa ke hospital untuk bersalin sebelum dihantar ke rumahnya. Ini pentingnya kita tidak membisu!” katanya pada Khamis.
Menerusi perkongsian itu juga Muhammad Nadir turut memuat naik sekeping foto dari saluran LIVE Shehab.
View this post on Instagram
A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)
Sebelum ini, satu petisyen selamatkan tahanan Palestin, Anhar Deek yang kini sedang hamil dimulakan oleh netizen di platform media sosial, change.org.
Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai sokongan kepada usaha mendesak rejim Israel membenarkan Anhar melahirkan bayinya di luar penjara.
Wanita itu sebelum ini pernah menulis surat dari penjara untuk memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia bagi mendesak pembebasannya seterusnya membolehkan dia bersalin di luar pusat tahanan.
Anhar ditahan tentera Israel sejak kandungannya berusia lima bulan kerana dituduh cuba menikam seorang anggota rejim itu di penempatan haram Israel.
Wanita itu kemudian dibawa ke Penjara HaSharon sebelum Mahkamah Israel menolak rayuan keluarga Anhar untuk membebaskannya walaupun dia mengalami komplikasi semasa kehamilan.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Anhar al-Deek
#Muhammad Nadir
#penjara Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan