DUNIA
Tahanan Palestine Action kritikal akibat mogok lapar, doktor UK beri amaran
Antara tahanan yang dinamakan ialah Qesser Zuhrah, Amu Gib, Heba Muraisi, Teuta Hoxha dan Kamran Ahmed. - Foto X/Iron Lion Zion
LONDON: Enam tahanan reman yang dikaitkan dengan kumpulan protes Palestine Action kini berada dalam keadaan kritikal akibat mogok lapar berpanjangan, dengan dua daripadanya telah menolak makanan selama hampir tujuh minggu, menurut amaran ratusan profesional kesihatan di United Kingdom.
Lebih 800 doktor, jururawat, ahli terapi dan penjaga menandatangani surat kepada Setiausaha Kehakiman UK, David Lammy, pada Khamis, memberi amaran bahawa tanpa penyelesaian segera, “kematian tahanan muda British dalam penjara, tanpa pernah disabitkan kesalahan, kini menjadi kemungkinan yang nyata dan semakin hampir”.
Antara tahanan yang dinamakan ialah Qesser Zuhrah, Amu Gib, Heba Muraisi, Teuta Hoxha dan Kamran Ahmed.
Seorang lagi, Lewie Chiaramello, menjalani mogok lapar separa kerana menghidap diabetes, hanya menolak makanan setiap dua hari.
Dr James Smith, seorang doktor kecemasan dan pensyarah di University College London, berkata kesemua tahanan memerlukan pemantauan perubatan pakar secara berkala, jika tidak berterusan di hospital.
“Mereka kini berada pada tahap risiko tinggi mengalami kerosakan organ yang tidak dapat dipulihkan, malah kematian,” katanya kepada ITV News.
Lapan tahanan tersebut sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan menceroboh dan merosakkan harta benda yang dikaitkan dengan protes terhadap syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems, serta pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) di Oxfordshire.
Lima daripada mereka telah dimasukkan ke hospital setakat ini.
Keluarga dan peguam tahanan turut menyuarakan kebimbangan terhadap layanan penjara yang didakwa tidak telus dan kurang prihatin terhadap kesihatan para aktivis.
Mereka juga menuduh pihak berkuasa mengabaikan permintaan untuk bertemu menteri bagi membincangkan keadaan tahanan.
Bekas pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn, menyifatkan situasi itu sebagai “krisis kemanusiaan yang mendesak” dan menggesa kerajaan bertindak segera.
Palestine Action merupakan kumpulan protes yang diharamkan oleh kerajaan UK atas dakwaan terlibat dalam aktiviti ekstremis.
Namun, penyokongnya menegaskan bahawa tindakan mereka adalah bentuk penentangan aman terhadap penglibatan Britain dalam penjualan senjata kepada Israel.