awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taj Mahal tetap dibuka semula meskipun kes COVID-19 di India lebih 4.2 juta

Agensi
Agensi
08/09/2020
14:25 MYT
Taj Mahal tetap dibuka semula meskipun kes COVID-19 di India lebih 4.2 juta
Bangunan yang juga merupakan tapak warisan UNESCO itu akan menerima semula kunjungan pelancong pada 21 September ini. - Gambar fail
Taj Mahal yang merupakan satu daripada tujuh keajaiban dunia dan menjadi tarikan utama pelancong di India bakal dibuka semula.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Uttar Pradesh Utara, Amit Srivastava, bangunan yang juga merupakan tapak warisan UNESCO itu akan menerima semula kunjungan pelancong pada 21 September ini.
"Taj Mahal akan dibuka semula pada 21 September. Semua protokol COVID-19, seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka topeng akan diikuti," lapor Amit kepada portal AFP.
Bagaimanapun, jumlah pengunjung akan dihadkan kepada 5,000 orang sehari, berkurangan daripada purata harian 20,000.
Terdahulu, bangunan ikonik Taj Mahal telah ditutup sejak pertengahan Mac lalu sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan awal terhadap wabak COVID-19.
Uttar Pradesh, adalah salah satu negeri yang paling teruk dilanda COVID-19 di India dengan lebih daripada 270,000 kes direkodkan setakat ini.
Ia menjadi kebimbangan seluruh rakyat India yang kini menyaksikan lebih 4.2 juta kes jangkitan COVID-19 setakat Isnin.
Ia selepas negara itu merekodkan 90,802 kes baharu, sekali gus menjadi negara kedua dengan kes tertinggi, mengatasi Brazil yang kini di tempat ketiga.
Sejak Ogos, India melaporkan kes harian tertinggi di dunia.
Topic Berkaitan
#India
#koronavirus
#pelancong
#pelancongan
#Taj Mahal
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan