awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taliban disaran tarik balik larangan wanita bekerja dengan agensi bantuan

Bernama
Bernama
27/12/2022
04:30 MYT
Taliban disaran tarik balik larangan wanita bekerja dengan agensi bantuan
Seorang wanita dilihat berjalan kaki bersama anak perempuannya di Kabul, Afghanistan. - Foto REUTERS
LONDON: Agensi bantuan antarabangsa terpaksa menarik diri untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan selepas pihak Taliban melarang wanita bekerja dengan badan bukan kerajaan (NGO), Setiausaha Luar Britain James Cleverly
Justeru, beliau menyarankan rejim Taliban menarik balik keputusan itu kerana berjuta-juta rakyat Afghanistan akan menderita akibat dasar itu, lapor PA Media/dpa.
Sementara itu, pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kabul bertemu dengan seorang menteri Taliban untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Larangan itu telah mendorong beberapa agensi bantuan antarabangsa untuk menangguhkan operasi di Afghanistan.
James Cleverly berkata: "Taliban cuba untuk melenyapkan peranan wanita dalam masyarakat di Afghanistan. Melarang wanita bekerja untuk NGO akan menghalang berjuta-juta rakyat Afghanistan daripada mengakses bantuan dan bekalan menyelamatkan nyawa. Ini akan memberi kesan kepada semua orang. Taliban mesti segera tarik balik keputusan ini."
Langkah larangan itu diumumkan pada Sabtu oleh Menteri Ekonomi Qari Din Mohammed Hanif kerana mendakwa beberapa pekerja wanita NGO di Afghanistan tidak memakai hijab dengan sempurna.
Menurut Islamic Relief petugas wanita memainkan peranan penting dalam menyediakan penjagaan kesihatan, makanan dan membantu balu serta anak yatim.
Islamic Relief menangguhkan sementara aktiviti lain di Afghanistan kerana larangan itu, namun penjagaan kesihatan untuk membantu menyelamatkan nyawa akan diteruskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taliban
#wanita
#NGO
#James Cleverly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan