awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taliban larang operasi salun kecantikan di Afghanistan

Bernama
Bernama
04/07/2023
21:45 MYT
Taliban larang operasi salun kecantikan di Afghanistan
Taliban melarang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini. - Foto AP
KABUL: Taliban melarang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini, menurut Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Afghanistan pada Selasa.
"Pengoperasian salun kecantikan wanita di Kabul dan wilayah-wilayah lain di negara itu akan dilarang dalam tempoh tertentu, lesen dan kontrak yang dikeluarkan adalah tidak sah," memetik surat kementerian yang dihantar kepada pentadbiran Kabul.
Beberapa wanita Afghanistan memberitahu Sputnik bahawa mereka bekerja di salun kecantikan untuk menyara keluarga kerana suami mereka menganggur. Seorang lagi wanita yang menjalankan salun kecantikan menyeru pentadbiran Taliban supaya mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk lelaki.
Sputnik telah menghubungi wakil pentadbiran Kabul, namun pegawai itu tidak dapat memberikan sebarang maklumat khusus mengenai perkara berkenaan.
Taliban telah menyekat hak wanita untuk mengembara, belajar dan bekerja sejak ia menguasai Afghanistan pada Ogos 2021, berikutan pengunduran tentera asing dan kejatuhan kerajaan yang disokong Amerika Syarikat.
Pada Disember 2022, wanita Afghanistan dilarang bekerja untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taliban
#salun kecantikan
#Afghanistan
#Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan