AS-Taliban tandatangani perjanjian bersejarah, undur tentera di Afghanistan

Agensi
Februari 29, 2020 15:38 MYT
Mullah Abdul Ghani Baradar (kanan) menandatangani perjanjian dengan Zalmay Khalilzad, di Doha. - Reuters
Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian bersejarah dengan pihak Taliban pada Sabtu yang bakal menyaksikan pengunduran sepenuhnya tentera asing dari Afghanistan dalam tempoh 14 bulan mendatang.
Reuters melaporkan, perkembangan terbaru itu akan membawa noktah kepada peperangan yang sudah berlangsung selama 18 tahun di negara bergolak berkenaan.
Sementara perjanjian itu membuka laluan kepada AS untuk secara berperingkat berundur dari peperangan paling lama itu, banyak pihak menjangkakan maklum balas dari pihak Afghanistan yang bakal menjadi lebih rumit.
Perjanjian itu ditandatangani ibu negara Qatar, Doha, antara utusan khas AS Zalmay Khalilzad dan pemimpin politik Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar. Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.
Setiausaha Pertahan AS, Mark Esper berkata, sementara perjanjian itu menjadi satu langkah yang positif, usaha menuju ke arah itu tidak semudah yang dijangka.
#Afghanistan #Amerika Syarikat #Doha #perjanjian #Qatar #Taliban #tentera