awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taliban terus mara, kuasai bandar utama Kandahar, Herat

Agensi
Agensi
13/08/2021
06:04 MYT
Taliban terus mara, kuasai bandar utama Kandahar, Herat
Anggota militan Taliban berkumpul di tengah bandar Ghazni, Afghanistan yang turut ditawan dalam siri serangan pada Khamis. Foto - Taliban/via REUTERS
KUALA LUMPUR: Taliban telah menawan dua lagi bandar utama Afghanistan pada Khamis, hanya beberapa minggu sebelum berakhirnya misi tentera Amerika Syarikat di negara itu.
Penguasaan ke atas bandar Kandahar dan Herat merupakan kemenangan terbesar buat Taliban setakat ini, yang telah menawan 12 daripada 34 ibu kota wilayah Afghanistan dalam sebahagian daripada serangannya sepanjang minggu lalu.
Taliban turut menguasai Ghazni, antara bandar paling strategik kerana menghubungkan ibu negara Kabul dengan wilayah-wilayah di bahagian Selatan.
Setakat ini, kumpulan militan itu dianggarkan telah menguasai lebih dua pertiga daripada Afghanistan dan dijangka terus mara.
Susulan beberapa siri serangan, Amerika Syarikat bakal mengerahkan 3,000 anggota tentera untuk membantu mengeluarkan beberapa kakitangan dari kedutaannya di Kabul.
Manakala Britain turut mengumumkan seramai 600 anggota tentera akan dihantar bagi mengeluarkan warganegara British dari Afghanistan.
Ribuan rakyat Afghan telah melarikan diri bagi mencari perlindungan selepas Taliban dikhuatiri akan terus mara sehingga menguasai seluruh negara, sekali gus mengembalikan pemerintahan yang berasaskan penindasan dan kekerasan.
Data perisikan tentera AS mencadangkan bahawa Kabul mungkin berjaya diasingkan oleh Taliban dalam 30 hari sebelum jatuh ke tangan kumpulan militan itu dalam 90 hari.
Siri serangan tersebut menimbulkan beberapa persoalan mengenai peruntukan lebih AS$830 bilion oleh Jabatan Pertahanan AS bagi melatih angkatan tentera Afghan yang mudah tewas di tangan Taliban.
Pihak berkuasa keselamatan dan kerajaan Afghanistan belum memberi respons kepada pertanyaan pihak media berhubung siri serangan oleh Taliban, sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan menerusi video.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Taliban
#Amerika Syarikat
#militan
#Herat
#Kandahar
#Ghazni
#kedutaan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan