DARI perancangan yang dilakukan secara sofistikated hinggalah kepada muslihat yang aneh, pandemik COVID-19 telah mencetus gelombang penipuan di seluruh dunia.
Antara yang menjadi tajuk berita antarabangsa adalah tentang kes dos vaksin yang diragui, sijil vaksin palsu, malah yang lebih dahsyat seperti pembakaran mayat yang sebenarnya mangsa jenayah dan bukannya disebabkan virus korona itu.
Berikut adalah 10 kes penipuan di seluruh dunia yang menimbulkan kemarahan ramai sejak beberapa bulan lalu, yang dikompilasikan AFP:
TIPU SIJIL VAKSINASI
Sejak kerajaan Perancis meletakkan syarat wajib bukti vaksinasi untuk memasuki kafe dan banyak lokasi umum bulan ini, pasaran gelap yang menjual sijil kesihatan palsu dengan meletak harga ratusan Euro mula muncul.
Di aplikasi media sosial Snapchat, apabil dibuat carian ‘fake health pass’ (pas kesihatan palsu), terdapat banyak akaun yang secara terbuka mengiklankan dokumen tidak sah itu.
Antara iklannya tertera kenyataan “Vaksinasi hanya pilihan, terima kasih kepada perkhidmatan kami” atau “Katakan tidak pada vaksin dan dapatkan pas kesihatan tanpa perlu divaksinasi.”
Sindiket seumpamanya yang membuat sijil vaksinasi paksu turut muncul di Rusia.
DISKRIMINASI SI KAYA
Sekurang-kurangnya 800 orang diberikan vaksin palsu di Uganda pada bulan lalu dalam satu penipuan yang melibatkan salah laku doktor dan petugas kesihatan.
Mereka menyasarkan golongan yang sanggup membayar untuk divaksinasi, termasuk majikan korporat yang diminta menyediakan bayaran antara AS$25 hingga AS$120 untuk satu suntikan vaksin palsu.
HANYA AIR
Penipuan dalam skala lebih besar terjadi di India, khususnya di ibu kota komersial, Mumbai, pada Jun lalu. Sejumlah 2,000 orang menyangka mereka sudah selamat divaksinasi, sedangkan sebenarnya mereka hanya disuntik dengan formula air suling.
BAKAR MAYAT
Lima ahli kumpulan kongsi gelap di bandar Agra, India sanggup melakukan muslihat dengan lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk membakar mayat seorang lelaki yang telah mereka bunuh.
Dalam insiden yang dibongkar pada Jun lalu itu, tindakan yang mereka lakukan itu kononnya untuk menguruskan mayat yang terkorban akibat dijangkiti COVID-19.
Polis tempatan mendedahkan, untuk mengelakkan mereka ditangkap, mereka memakai PPE dan menggunakan beg mayat untuk membawanya ke tapak pembakaran.
DOKTOR TIPU
Seorang lelaki yang menyamar sebagai penjawat awam dengan ijazah sarjana dalam bidang genetik telah ditangkap di Kolkata, selatan India pada Jun kerana didakwa menjalankan operasi lapan buah kem vaksinasi.
Sekurang-kurangnya 250 orang kurang upaya (OKU) dan golongan transgender di salah satu pusat, dan hamper 500 orang keseluruhan dilaporkan telah diberi suntikan vaksin palsu.
Penipuan itu Berjaya dibongkar selepas seorang aktres dan juga ahli politik, Mimi Chakraborty, yang menerima satu suntikan di salah sebuah kem tersebut berasa curiga dan melaporkannya kepada polis.
JUTAWAN JAHAT
Satu pasangan kaya warga Kanada telah dihukum gara-gara mengembara ke sebuah kawasan yang dihuni komuniti terpencil untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Sedangkan di lokasi itu, vaksin yang disediakan adalah dikhaskan untuk golongan rentan dan juga komuniti pribumi yang sudah tua. Pada Jun lalu, mereka telah didenda sebanyak AS$1,800). Namun ramai yang mendesak hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pasangan yang mementingkan diri sendiri itu.
DENDAM SI 'ANTI-VAX'
Seorang ahli farmasi yang skeptikal pada vaksin di sebuah hospital di Wisconsin, Amerika Syarikat, dihukum penjara selama tiga tahun pada Jun selepas mengaku bersalah merosakkan ratusan dos vaksin Moderna yang menjejaskan 57 orang.
Ahli farmasi itu dengan sengaja telah mengeluarkan vaksin itu dari dalam peti sejuk dan dibiarkan dalam suhu biasa selama beberapa jam, sebelum mengembalikannya kepada pasukan pemberi vaksin keesokan harinya.
'MEROMPAK' BANDUAN
Empat orang telah ditahan di Indonesia kerana dipercayai mencuri bekalan vaksin yang khusus disediakan untuk golongan banduan, seterusnya menjual vaksin itu kepada orang awam.
Kesemua suspek itu telah mencuri lebih daripada 1,000 dos vaksin Sinovac yang diterima dari China, dan menawarkannya kepada pembeli di sekitar Jakarta dan Medan di Sumatera. Setiap satu dijual pada harga 250,000 Rupiah (RM74).
'SWAB' KAPAS KOTOR
Sekumpulan penumpang yang berurusan di lapangan terbang di Medan, Indonesia mengalami realiti 'ngeri' apabila petugas kesihatan di situ telah mengitar semula swab kapas dari ujian COVID-19, dengan mencuci dan membungkusnya semula.
Polis berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu mungkin telah menjejaskan kesihatan ribuan penumpang.
KRIM ANTIKEDUT
Sekumpulan anggota sindiket penipuan yang menjual dos palsu vaksin Pfizer pada harga AS$2,500 setiap dos telah ditangkap di Poland dan Mexico.
Dos palsu itu disimpan di dalam peti penyejuk minuman keras di sebuah klinik di Mexico, manaka kes di Poland pula pihak berkuasa telah merampas dos vaksin palsu yang diisi dengan bahan kosmetik, dipercayai krim antikedut.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Aug 21 2021
Dos vaksin yang diragui, sijil vaksin palsu, malah lebih dahsyat adalah pembakaran mayat yang sebenarnya mangsa jenayah. Itu antara kisah hitam sepanjang pandemik. - REUTERS/ Unplash
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
AI kini digunakan untuk buang masa scammer talian telefon
Di United Kingdom, syarikat telekomunikasi O2 menggunakan kecerdasan buatan untuk menentang penipuan menggunakan talian telefon.
Juruteknik rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Lelaki berusia 48 tahun itu menerima mesej WhatsApp daripada individu yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan tinggi dalam tempoh satu jam.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.
Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud
Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, jurutera Singapura kerugian RM1.9 juta akibat penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.