Lebih 10 jadual penerbangan ke Jepun dan keluar dari negara itu pada minggu ini terjejas disebabkan kelewatan dan pembatalan, berpunca daripada Taufan Hagibis.
Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, jadual pelepasan bagi pesawat Singapore Airlines (SIA) dan Scoot terkesan akibat impak taufan yang dikatakan paling kuat dalam tempoh 60 tahun.
Taufan Hagibus dijangka melanda pulau utama Jepun iaitu Honshu pada Sabtu (12 OKtober), dan diramal turut membawa hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan 216 kilometer sejam, menurut agensi meteorologi Jepun.
Pihak SIA mengumumkan, beberapa penerbangan telah terjejas, dengan empat penerbangan Singapore Airlines (SIA) terpaksa berlepas lebih awal dari Jepun sebelum kedatangan taufan.
Laluan SIA yang terjejas itu adalah Los Angeles-Narita, Singapoura-Kansai, Kansai-Singapura, Singapura-Nagoya dan Nagoya-Singapura.
"Kami akan mengemas kini makluman tentang penerbangan ke lapangan terbang Haneda dan Narita,” kata kenyataan di laman web SIA.
Syarikat penerbangan tambang rendah Scoot pula telah membatalkan lapan penerbangan dan menjadual semula 11 yang lain.
Penerbangan ke/dari Tokyo dan Osaka juga dibatalkan, dengan penumpang dipindahkan ke penerbangan pada Ahad dan Isnin.
Beberapa penerbangan ke Kaohsiung dan Taipei, Taiwan juga ditangguh atau dibatal.
Scoot akan terus memantau situasi itu dan akan memaklumkan kepada pelanggan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.
"Pelanggan kami digalakkan supaya bersedia untuk sebarang perubahan dalam perancangan pelancongan mereka, termasuk membeli insurans perjalanan,” jelas kenyataan Scoot.
Kehadiran taufan itu dijangka menyebabkan kekacauan pengangkutan sepanjang hujung minggu di Jepun, sementara banyak pelan perjalanan dijangka dibatalkan.
Dua syarikat penerbangan utama Jepun, All Nippon Airways dan Japan Airlines, juga telah membatalkan ratusan penerbangan domestik. Perkhidmatan kereta api laju dan kereta api domestik biasa juga digantung sementara.
Taihan Hagibis juga telah menjejaskan perancangan untuk acara Grand Prix Formula One dan Piala Dunia Ragbi.
Agensi
Fri Oct 11 2019

Laluan SIA yang terjejas itu adalah Los Angeles-Narita, Singapoura-Kansai, Kansai-Singapura, Singapura-Nagoya dan Nagoya-Singapura. - Gambar fail

Tiada kompromi dalam membawa mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan - Tengku Zafrul
Kerajaan tidak pernah berkompromi dalam menegakkan keadilan dan memastikan individu yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terus didakwa di mahkamah.

JAS arah dua kilang kitar semula plastik henti operasi kerana pencemaran
Salah sebuah kilang berkenaan menjalankan operasi kitar semula sisa plastik tanpa kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Impak COVID-19: Khazanah tingkat rosot nilai kepada RM6 bilion
Ia peningkatan lebih RM1 bilion berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan susulan kesan pandemik COVID-19.

Kalau sedih... tangis dan doalah ubatnya - Ebit Lew
Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, hanya Tuhan tempat mengadu yang terbaik tatkala jiwa dan raga berada dalam kelukaan yang dalam.

Misteri titisan darah dari siling terjawab
Misteri titisan darah menitis dari atas siling bilik setor milik seorang penghuni tingkat tiga flat perumahan, akhirnya membongkar rahsia dengan penemuan mayat seorang lelaki yang mulai mereput.

Tiga ditahan guna gelaran 'Datuk' dan 'Datin' palsu
Kesemua mereka ditahan di Bangi, Selangor pada 30 Januari lalu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 12(2) akta itu.

Perbicaraan Ahmad Zahid: RM6 juta 'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi
Kedua-dua cek berkenaan diserahkan Pengarah DTSB Chew Ben Ben kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya

Kesemua 82 ADUN di Sarawak akan terima suntikan vaksin Phizer BioNTech
Kesemua ADUN akan menerima suntikan vaksin secara berperingkat bergantung kepada pelaksaan program tersebut di bahagian masing-masing.

Madius Tangau cabar Anwar tubuhkan Kabinet bayangan
Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak pembangkang tidak boleh lagi melengahkan masa dan perlu bertindak pantas sebelum terlambat.

Keuntungan Khazanah susut kepada RM2.9 bilion
Khazanah memaklumkan syarikat pelaburan kerajaan itu meraih hasil pelupusan yang lebih rendah pada tahun 2020 iaitu RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada tahun 2019.

Musim kemarau cetus kebakaran hutan, beberapa titik panas di Riau dikesan
Semua kawasan yang terjejas adalah di pesisiran pantai timur wilayah berkenaan yang bersempadan dengan Selat Melaka.

Kes Presiden Myanmar, Kaunselor Negara dibuat ikut proses undang-undang - Tentera
Beberapa urusan perlu ditangani dengan mengambil tindakan undang-undang dan majlis tidak akan melakukan perkara yang melampaui undang-undang, menurut Min Tun.

Suu Kyi berdepan pertuduhan jenayah kedua
Ia dipercayai ada kaitan dengan tindakan berinteraksi dengan penyokong ketika pilihan raya lalu yang didakwa melanggar larangan berkumpul.

Banjir Jakarta jejas bekalan kuasa, lebih 1,000 orang dipindahkan
Lebih daripada 1,000 orang di timur dan selatan Jakarta dipindahkan selepas hujan lebat berlanjutan semalaman.

Banjir landa kawasan tengah, utara Sarawak
Hari ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan seramai 85 mangsa.

Peka SOP bina rumah di lokasi banjir - PKBM
PBT dan syarikat-syarikat perumahan perlu lebih peka kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam isu pembinaan rumah terutama di lokasi mudah berlaku banjir.

Amerika Syarikat kembali sertai rundingan global tangani isu perubahan iklim
Lebih 3,000 saintis antarabangsa akan mendesak para pemimpin dunia untuk bertindak lebih baik demi melindungi manusia daripada impak pemanasan global.

Permohonan tangguh bayaran balik PTPTN mulai 20 Januari hingga 31 Mac
PTPTN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

Gempa Sulawesi: Angka kematian cecah 90, Jokowi ikrar bina semula bandar yang musnah
Gempa bumi sekuat 6.2 magnitud mengakibatkan kerosakan teruk pada ratusan buah rumah, pusat beli-belah, hotel dan bangunan kerajaan.

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Argentina
Gempa bumi berskala 6.8 magnitud serta beberapa gempa susulan melanda barat dan tengah Argentina, pada Isnin.