PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia.
Beliau berkata menangani Islamofobia memerlukan penglibatan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa, mekanisme yang ada pada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta organisasi antarabangsa lain.
"Ajaran Islam yang sebenar dan cara hidup yang dipegang dalam Al-Quran dan Hadis perlu ditunjukkan," katanya pada majlis makan malam bersama 29 ketua misi dan wakil dari negara anggota OIC di sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Ahmad Zahid berkata majlis malam tadi menunjukkan nilai dan komitmen OIC untuk bersama menjaga dan melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat mempromosikan keamanan dan keharmonian antarabangsa.
"Sebagai negara anggota OIC, kita perlu secara berterusan mengutuk tindakan biadab Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan di Wilayah Pendudukan Palestin secara keseluruhannya.
"Tindakan keji rejim itu merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berbahaya. Ia juga menimbulkan ancaman besar kepada nilai bersama dan aspirasi untuk keamanan," katanya.
Zahid berkata anggota OIC perlu secara berterusan melibatkan masyarakat antarabangsa yang lain dan mengesa mereka menjadi perantara yang agresif terhadap kekejaman Israel.
Beliau berkata kerajaan Israel perlu dipertanggungjawabkan ke atas perlakuan kejam yang dilakukan secara terang-terangan.
"Lima puluh enam tahun telah berlalu sejak aneksasi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, namun perjuangan diteruskan.
"Pelanggaran undang-undang dan kekejaman dilakukan Israel telah mewujudkan ketidakamanan di rantau itu. Pembunuhan yang menyalahi undang-undang, pemindahan secara paksa, penahanan secara salah, sekatan pergerakan dan perluasan penempatan perlu dihentikan," katanya.
Ahmad Zahid berkata salah satu kebimbangan ialah cubaan penjajah Yahudi untuk mencetuskan konflik agama dengan mengenakan temporal dan pembahagian ruangan Masjid Al-Aqsa dan tindakan aparteid seperti itu, menimbulkan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Beliau berkata tindakan tentera Israel yang melulu dan menyalahi undang-undang melanggar Perjanjian Status Quo yang dimulakan pada 1757.
"Anggota OIC perlu meningkatkan usaha untuk meminta Israel bertanggungjawab atas tingkah laku kejamnya di wilayah yang diduduki, sebelum keadaan semakin tidak terkawal.
"Adalah penting bahawa kuasa pendudukan mematuhi undang-undang antarabangsa, tanpa ada sebarang pengecualian. Kegagalan berbuat demikian hanya akan memupuk dan mengekalkan budaya ketidakadilan dan bebas daripada hukuman," katanya.
Ahmad Zahid berkata dalam melindungi Al-Aqsa, negara-negara Islam mesti konsolidasikan pendekatan mereka.
"Kita memerlukan pendekatan yang proaktif dan praktikal. Ia harus merangkumi kepimpinan yang berani, kemahuan politik yang kuat, perpaduan, kekuatan dan nilai yang menunjukkan kepercayaan yang kita kongsi bersama.
"Tindakan baharu ini akan menghantar mesej kuat kepada dunia bahawa kesatuan kita tidak mengenal sempadan dalam menjaga rumah Allah ini," katanya.
Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah negara, Malaysia akan terus berdiri teguh dalam keazamannya untuk menangani isu Islamofobia.
"Komitmen Malaysia terhadap agenda OIC, khususnya mengenai Al-Aqsa, tidak berbelah bahagi dan tegas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Perpaduan OIC untuk Al-Aqsa di Putrajaya, 29 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.