awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa

Sinar Harian
Sinar Harian
14/07/2022
03:10 MYT
Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa
Tanzania melakukan siasatan tentang penyakit misteri yang menyebabkan tiga orang maut di negara itu. -Pexels
DAR ES SALAAM: Tanzania telah menghantar sepasukan doktor dan pakar kesihatan untuk menyiasat tentang penyakit misteri yang telah meragut nyawa tiga orang, kata kerajaan pada Rabu.
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan pendarahan hidung, kata Ketua Pegawai Perubatan negara berkenaan, Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan.
Setakat ini, 13 kes telah dilaporkan di wilayah tenggara Lindi yang melibatkan tiga orang yang maut.
Sichalwe berkata, para pesakit itu telah diuji negatif untuk Ebola dan Marburg serta Covid-19.
"Namun, seorang pesakit yang menghidap penyakit misteri tersebut telah pulih sepenuhnya manakala yang lain sedang diasingkan.
“Kerajaan membentuk pasukan profesional untuk menyiasat penyakit yang tidak diketahui ini,” tambahnya seperti dilaporkan AFP sambil menyeru orang ramai di kawasan itu supaya bertenang.
Pada minggu lalu, Ghana melaporkan dua kes yang disyaki virus Marburg yang tergolong dalam keluarga yang sama dengan Ebola dan mempunyai gejala termasuk demam tinggi dan pendarahan dalaman serta luaran.
Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan berkata, pada Selasa penyakit pelik yang dilaporkan di Lindi mungkin disebabkan oleh interaksi yang semakin meningkat antara manusia dan haiwan liar akibat kemerosotan alam sekitar. -Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Kes Yang Disyaki
#penyakit misteri
#Aifello Sichalwe
#Ebola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan