awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif baharu ke atas negara G7 dijangka jana lebih AS$120 bilion untuk AS

Bernama
Bernama
03/04/2025
23:00 MYT
Tarif baharu ke atas negara G7 dijangka jana lebih AS$120 bilion untuk AS
Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua import AS bermula 5 April. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Belanjawan Amerika Syarikat (AS) dijangka menerima suntikan melebihi AS$120 bilion hasil daripada tarif timbal balik yang dikenakan Washington ke atas negara-negara G7, menurut analisis RIA Novosti berdasarkan data statistik AS.
Pada Rabu, Presiden AS Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua import AS bermula 5 April, manakala tarif timbal balik tambahan terhadap negara dengan defisit perdagangan terbesar akan berkuat kuasa pada 9 April.
Berdasarkan dasar baharu ini, Perancis, Jerman dan Itali sebagai anggota Kesatuan Eropah (EU) akan dikenakan tarif sebanyak 20 peratus, manakala Jepun dikenakan kadar 24 peratus dan United Kingdom (UK) sebanyak 10 peratus.
Sementara itu, Kanada tertakluk kepada kadar 25 peratus bagi produk aluminium, keluli, kenderaan dan alat ganti.
Berdasarkan data perdagangan tahun 2024, AS mengimport barangan bernilai AS$59.9 bilion dari Perancis, yang dijangka menyumbang hampir AS$12 bilion dalam hasil tarif pada 2025 sekiranya jumlah import kekal stabil.
Import dari Jerman pula berjumlah AS$160.4 bilion, manakala dari Itali sebanyak AS$76.4 bilion, yang masing-masing dijangka menjana AS$32.1 bilion dan AS$15.3 bilion hasil tarif kepada AS.
Jepun mengeksport barangan bernilai AS$148.2 bilion ke AS tahun lalu, dan dengan kadar tarif 24 peratus yang dikenakan, pendapatan tarif AS dianggarkan mencecah AS$35.6 bilion.
Sementara itu, import dari UK yang bernilai AS$68.1 bilion bakal menyumbang AS$6.8 bilion kepada belanjawan AS.
Bagi Kanada, eksportnya ke AS pada 2024 melibatkan AS$21.4 bilion bagi aluminium, AS$12.7 bilion bagi keluli, AS$28.3 bilion bagi kenderaan dan AS$11.3 bilion bagi alat ganti kenderaan, dengan jumlah keseluruhan mencecah AS$73.7 bilion.
Angka itu dijangka menghasilkan AS$18.4 bilion pada tahun ini.
Secara keseluruhan, hasil tarif AS daripada import dari negara-negara G7 akibat pelaksanaan dasar baharu ini berpotensi mencecah lebih AS$120.1 bilion setahun, menjadikan ia antara langkah ekonomi terbesar yang diambil oleh pentadbiran Trump dalam dasar perdagangannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif timbal balik
#negara G7
#Belanjawan AS
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan