Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata sebagai pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, beliau percaya usaha menangani kos sara hidup memerlukan ekosistem yang bergerak secara bersepadu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sinergi antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat akan terus diperkasa bagi memastikan keperluan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan khususnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
Ringkasan AI
- Sinergi antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat diperkasa untuk pastikan keperluan rakyat diutamakan menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menekankan usaha bersama dalam mengendalikan kos sara hidup memerlukan kerjasama dalam ekosistem yang bergerak secara sepadu.
- Pelancaran Kempen Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad bertujuan memperkasa produk tempatan dan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan Hari Raya pada harga mampu milik.
Beliau berkata pelancaran kempen itu turut memperkasa produk tempatan agar terus berkembang dalam pasaran arus perdana.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyempurnakan pelancaran produk minyak masak jenama Kak Long, yang bakal memasuki rangkaian pasaran Mydin.
"Saya melihat kemasukan produk tempatan seperti ini sebagai satu langkah positif dalam membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk berkembang dan bersaing secara sihat dalam pasaran runcit negara.
"Teruslah menyokong produk tempatan kerana setiap sokongan itu membantu mengukuhkan ekonomi rakyat serta membuka peluang kepada lebih banyak usahawan untuk melangkah lebih jauh," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


