awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: China tak mahu perang dagang, tapi tak takut dengan AS

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2025
11:20 MYT
Tarif Trump: China tak mahu perang dagang, tapi tak takut dengan AS
Lin Jian berkata negara itu tidak akan berdiam diri membiarkan hak serta kepentingan sah rakyat China dirampas. - Foto Reuters
CHINA menegaskan tidak mahu mencetuskan perang dagang, namun tidak takut jika Amerika Syarikat (AS) meneruskan ancaman tarif.
Menurut Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, negara itu tidak akan berdiam diri membiarkan hak serta kepentingan sah rakyat China dirampas.
"AS masih mengenakan tarif ke atas China, dan China dengan tegas menentang tingkah laku seumpama itu.
"China pasti tidak akan menerima tekanan, ancaman, dan pemerasan, kerana itu bukan cara yang betul untuk berurusan dengan China.
"Jika pihak AS benar-benar ingin berbincang, mereka harus menunjukkan sikap yang adil, hormat dan timbal balik. Jika AS mengabaikan kepentingan kedua-dua negara dan komuniti antarabangsa serta berkeras untuk berperang tarif dan perang dagang, China pasti akan menghadapinya hingga ke akhir," katanya memetik laporan Reuters.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian berkata pihak mereka terbuka untuk berbincang dengan AS berhubung pelaksanaan tarif timbal balik.
Begitu pun, jelas beliau dialog tersebut mesti dijalankan atas dasar yang setara dan saling hormat-menghormati.
"Saya telah mengulangi pendirian China banyak kali, dan ia sangat jelas. Kami tidak mencetuskan masalah, dan kami juga tidak takut kepada masalah.
"Hak pembangunan yang sah bagi rakyat China dan rakyat dunia tidak boleh dirampas. Kedaulatan, keselamatan, dan kepentingan pembangunan China, serta negara-negara lain, tidak seharusnya dicabuli," katanya.
Pada Rabu, Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif selama 90 hari kepada kebanyakan negara termasuk Malaysia.
Bagaimanapun, Trump terus menekan China dengan peningkatan tarif ke atas barang import negara itu kepada 125 peratus daripada 104 peratus, yang mula dikenakan pada Rabu.
Langkah tersebut sebagai tindak balas terhadap pengumuman China yang mengenakan tarif sebanyak 84 peratus ke atas barangan import AS, berkuat kuasa pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#perang dagang
#tarif Trump
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan