awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: Ivory Coast ugut naik harga koko

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2025
00:30 MYT
Tarif Trump: Ivory Coast ugut naik harga koko
Langkah menaikkan cukai eksport ini dijangka akan menyebabkan harga koko meningkat, dan kesannya akan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna di negara pengimport. - Gambar hiasan
ABIDJAN: Ivory Coast, sebagai pengeluar koko terbesar dunia, mungkin mempertimbangkan untuk menaikkan harga eksport produk tersebut jika Amerika Syarikat (AS) meneruskan tarif yang dicadangkan presiden Donald Trump.
Menteri Pertanian Ivory Coast menyatakan negaranya menggesa Washington untuk menilai semula keputusan mengenakan tarif terhadap produk koko yang dieksport ke AS.
Beliau menegaskan jika produk mereka dikenakan cukai ketika memasuki pasaran AS, Ivory Coast akan bertindak balas dengan menaikkan harga koko sebagai tindak balas strategik.
Beliau menambah tindakan tersebut akan memberi kesan langsung kepada harga yang dibayar oleh pengguna akhir, sekaligus meningkatkan kos penggunaan di pasaran AS.
Walaupun harga koko ditentukan oleh pasaran global dan bukan ditetapkan oleh Ivory Coast, negara tersebut masih boleh menaikkan cukai eksport sebagai mekanisme untuk meningkatkan hasil pendapatan negara.
Langkah menaikkan cukai eksport ini dijangka akan menyebabkan harga koko meningkat, dan kesannya akan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna di negara pengimport.
Minggu lalu, pentadbiran Trump mengumumkan tarif sebanyak 21 peratus terhadap Ivory Coast, yang merupakan kadar tertinggi di Afrika Barat dan sebahagian daripada peningkatan duti ke atas puluhan negara.
Namun begitu, Trump pada Rabu mengumumkan penangguhan pelaksanaan tarif tersebut selama 90 hari, memberikan ruang untuk rundingan dan reaksi balas daripada negara yang terlibat.
Topic Berkaitan
#tarif
#koko
#Donald Trump
#cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan