awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lindung perniagaan haram: SPRM reman enam lagi anggota, pegawai polis
Sekatan akses Grok langkah tepat, pihak berkuasa lebih 'bertaring' - Pakar undang-undang
Pemutihan sekolah agama swasta dipergiat, pastikan aspek keselamatan - MAIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump jadi tumpuan menjelang keputusan penting Mahkamah Agung

Bernama
Bernama
14/01/2026
07:15 MYT
Tarif Trump jadi tumpuan menjelang keputusan penting Mahkamah Agung
Menerusi catatan Trump di platform Truth Social, keputusan yang tidak memihak kepadanya boleh memaksa AS memulangkan semula ratusan bilion dolar. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Kalangan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia kini menantikan keputusan penting Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan pengenaan tarif timbal balas oleh Presiden Donald Trump yang akan diumumkan lewat hari ini.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Agung AS akan mengumumkan keputusan berkenaan pengenaan tarif timbal balas oleh Presiden Donald Trump, yang boleh memberi kesan terhadap pulangan ekonomi AS dan negara-negara lain.
  • Pakar ekonomi menyatakan walaupun keputusan mungkin tidak memihak kepada Trump, beliau masih boleh mengambil langkah perdagangan unilateral melalui undang-undang sedia ada atau kerjasama dengan Kongres.
  • Sebelum ini, Malaysia dan AS telah menurunkan kadar tarif timbal balas daripada 25 peratus kepada 19 peratus, dengan pengecualian tertentu, setelah menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) pada Oktober 2025.

Mahkamah Agung AS dijangka mengeluarkan keputusan pada pukul 10 pagi waktu Timur AS (11 malam waktu Malaysia) hari ini, selepas menangguhkannya dari minggu lepas.
Menerusi catatan Trump di platform Truth Social, keputusan yang tidak memihak kepadanya boleh memaksa AS memulangkan semula ratusan bilion dolar.
Beliau berkata angka itu tidak termasuk jumlah "bayaran balik" yang akan dituntut oleh negara dan syarikat bagi pelaburan mereka dalam pembinaan loji, kilang dan peralatan yang bertujuan mengelakkan pembayaran tarif.
Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah Nungsari Ahmad Radhi berkata walaupun Trump menggunakan kuasa eksekutif yang disokong oleh beberapa kelulusan Kongres untuk mengenakan tarif namun, Mahkamah Agung mempunyai keputusan muktamad.
"Mahkamah Agung AS adalah seperti Mahkamah Persekutuan kita. Mahkamah ini mempertimbangkan perkara-perkara perlembagaan yang keputusannya mesti dipatuhi oleh pihak eksekutif dan juga badan perundangan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Pakar Ekonomi dari Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata walaupun sekiranya mahkamah tersebut mengeluarkan keputusan yang tidak memihak kepadanya, Trump masih boleh meneruskan langkah perdagangan unilateral.
Beliau berkata Trump boleh bergantung kepada undang-undang sedia ada seperti Seksyen 201 mengenai perlindungan global dan Seksyen 122 berkaitan isu imbangan pembayaran.
"Beliau juga boleh bekerjasama dengan Kongres untuk meluluskan undang-undang baharu di bawah alasan mengekalkan pekerjaan dan industri AS.
"Walaupun lebih sukar dan kompleks, beliau juga boleh menggunakan alat pentadbiran dan peraturan untuk menggubal halangan bukan perdagangan terhadap negara yang disasarkan," katanya.
Pada 2 April, 2025, Presiden AS Donald Trump menandatangani Perintah Eksekutif 14257 yang dikenali sebagai "Tarif Hari Pembebasan", mengenakan tarif asas 10 peratus terhadap kebanyakan import, termasuk barangan dari Malaysia.
Memandangkan pihak berkuasa AS mendakwa Malaysia mengenakan tarif 47 peratus ke atas import dari AS sekali gus mendorong pengenaan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus ke atas kebanyakan eksport Malaysia ke AS bermula 9 April, 2025, dengan beberapa pengecualian.
Malaysia bukan satu-satunya negara yang dikenakan tarif memandangkan negara lain seperti Jepun dan Brunei turut dikenakan tarif 24 peratus manakala ada negara yang dikenakan kadar lebih tinggi -- China pada 34 peratus, Vietnam 46 peratus, Kemboja 49 peratus dan Indonesia 32 peratus.
Selepas beberapa pusingan rundingan, perbincangan secara rasminya berakhir pada 31 Julai, 2025, dengan AS bersetuju mengurangkan tarif timbal balas ke atas eksport Malaysia, tertakluk kepada pemuktamadan perjanjian.
Pada 1 Ogos, 2025, AS menurunkan kadar tarif timbal balas ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus, dengan pengecualian diberikan kepada eksport semikonduktor dan farmaseutikal.
Pada 26 Okt, 2025, Malaysia dan AS memeterai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, yang mengecualikan 1,711 produk eksport Malaysia daripada tarif 19 peratus tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#Mahkamah Agung AS
#tarif AS
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan