awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tasbih, buku doa peneman Yahya Sinwar sebelum syahid diserang Zionis

Agensi
Agensi
22/10/2024
02:10 MYT
Tasbih, buku doa peneman Yahya Sinwar sebelum syahid diserang Zionis
Baragan peribadi Allahyarham Yahya Sinwar yang ditemui bersama jasad beliau. - Gambar agensi
RAFAH: Buku doa dan tasbih merupakan antara barangan peribadi yang ditemui bersama jasad pemimpin Hamas, Yahya Sinwar yang terbunuh selepas diserang oleh rejim Israel.
Selain kedua barangan itu, turut ditemukan ialah jam tangan, pita pelekat, gula-gula, kad Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), wang tunai serta beberapa barangan lain.
Barangan tersebut ditemui bersama jasad Sinwar di Tal-Al-Sultan, Rafah di Gaza Selatan. Israel mendedahkan rakaman video memaparkan barangan milik pemimpin Hamas itu selepas beliau syahid akibat dibunuh pada Khamis lalu.
Menurut laporan, Allahyarham Yahya Sinwar dipercayai berada jauh daripada kawasan tumpuan awam sekali gus menafi dakwaan Israel bahawa beliau berada di kawasan orang ramai yang kononya untuk dijadikan perisai.
Bahkan, kematian beliau juga menunjukkan beliau menjalani hari-hari terakhirnya tanpa makanan.
Terdahulu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan Yahya Sinwar telah dibunuh pada Khamis selepas Israel menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan menggunakan rekod gigi untuk mengesahkan identitinya.
Hasil bedah siasat oleh Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan Israel mendapati, Yahya Sinwar terbunuh kerana terkena tembakan di kepala.
Yahya Sinwar dinamakan sebagai Ketua Utama kumpulan itu pada 6 Ogos lalu sebagai pengganti kepada bekas ketua politik, Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Teheran pada 31 Julai lalu.
Sejak sekian lama, Yahya Sinwar menjadi sasaran Israel yang memburu dan mahu membunuhnya sejak permulaan perang.
Dilahirkan di kem pelarian di bandar selatan Gaza Khan Younis, Sinwar, 62, dipilih sebagai ketua Hamas di Gaza pada 2017.
Pemimpin itu menghabiskan separuh umur dewasanya di penjara Israel, adalah pemimpin Hamas paling berkuasa ketika hayatnya selepas pembunuhan Haniyeh. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Yahya Sinwar
#Israel bunuh Yahya Sinwar
#Pemimpin hamas
#buku doa dan tasbih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan