awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Ian: Angka korban cecah 83 orang

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2022
00:30 MYT
Taufan Ian: Angka korban cecah 83 orang
Kemusnahan yang dilihat di Pulau Pine, Florida selepas Taufan Ian melanda. - Foto REUTERS
FLORIDA: Sekurangnya-kurangnya 83 orang terkorban berikutan Taufan Ian yang melanda Florida di Amerika Syarikat Rabu lepas.
Pihak berkuasa memberi amaran angka korban mungkin akan meningkat selepas anggota mencari dan menyelamat memasuki kawasan pedalaman susulan air banjir yang semakin surut.
Setakat ini ratusan mangsa berjaya diselamatkan pihak berkuasa.
Ratusan ribu penduduk pula kini sedang berdepan terputus bekalan elektrik selepas taufan berkenaan.
Taufan Ian merupakan salah satu taufan yang paling kuat dalam rekod apabila ia dikategorikan dalam kategori empat.
Ketika ini ramai mangsa turut berdepan kesukaran termasuk kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air dan kuasa.
Video dan foto yang dikongsikan di media sosial menunjukkan angin kencang dan gelombang ribut melanda Pulau Sanibel pada Rabu dan beberapa kerosakan susulan angin kencang.
Topic Berkaitan
#Taufan Ian
#terputus bekalan elektrik
#angka korban
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan