DUNIA
Taufan Wipha: 9 maut, lebih 58,000 penduduk terjejas banjir di Laos

Sepanjang minggu lepas, data daripada Pusat Meteorologi Khas ASEAN menunjukkan hujan lebat turut berlaku di Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Vietnam. - Gambar/ AP
JAKARTA: Hujan lebat akibat Monsun Barat Daya dan Taufan Wipha telah mengakibatkan sembilan orang maut dan empat lagi hilang di Laos setakat 31 Julai, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre).
Ringkasan AI
- Hujan lebat akibat Monsun Barat Daya dan Taufan Wipha di Laos telah menyebabkan sembilan kematian dan empat orang hilang, menjejaskan lebih 58,000 penduduk daripada 34,000 keluarga di 10 wilayah.
- Kerugian akibat bencana dianggarkan berjumlah US$13 juta, dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Laos mengetuai penilaian keperluan bersama agensi antarabangsa untuk menyokong usaha pemulihan.
- Tiga anggota Pasukan Respons dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ASEAN-ERAT) telah dikerahkan untuk membantu penilaian di kawasan terjejas, sementara siklon tropika lain diramal bergerak menjauhi rantau ASEAN.
Bertindak sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pengurusan Bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat negara itu sedang mengetuai penilaian keperluan di seluruh negara dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Antara Agensi bagi menangani keperluan kemanusiaan yang mendesak dan menyokong usaha pemulihan.
Selain itu, sebagai respons kepada permohonan rasmi daripada NDMO, tiga anggota Pasukan Respons dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ASEAN-ERAT) telah dikerahkan untuk membantu pihak berkuasa negara berkenaan.
Anggota pasukan itu, yang merupakan pakar dalam penilaian pantas dan pengurusan maklumat, akan memberikan sokongan di kawasan terjejas selama enam hari sehingga 9 Ogos.
Sepanjang minggu lepas, data daripada Pusat Meteorologi Khas ASEAN menunjukkan hujan lebat turut berlaku di Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Vietnam.
Siklon tropika Bailu, Krosa dan 14W, yang kini berada di barat Lautan Pasifik, diramalkan menuju ke arah utara-barat laut, bergerak menjauhi rantau ASEAN, tambah AHA Centre.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami