awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Wipha landa Filipina, Vietnam, Laos

Bernama
Bernama
21/07/2025
12:15 MYT
Taufan Wipha landa Filipina, Vietnam, Laos
Laos, Filipina dan Vietnam berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan Taufan Wipha yang terus melanda Asia Tenggara sejak hujung minggu lepas - merosakkan kediaman, infrastruktur dan mengakibatkan ribuan penduduk berpindah. - Foto AP/Huy Han
PHNOM PENH: Laos, Filipina dan Vietnam berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan Taufan Wipha yang terus melanda Asia Tenggara sejak hujung minggu lepas - merosakkan kediaman, infrastruktur dan mengakibatkan ribuan penduduk berpindah.
Laporan harian Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina menunjukkan kira-kira 800,000 orang terjejas akibat ribut tropika itu, lima maut dan tujuh lagi dilaporkan hilang.
Bekalan air, perkhidmatan feri, pelabuhan dan lapangan terbang turut terjejas akibat taufan yang membawa hujan lebat dan banjir ke banyak kawasan di negara itu.
Taufan yang dikenali penduduk tempatan sebagai "Crising" melanda Cagayan, Luzon, Visayas, Mindanao dan Isabela, manakala kawasan lain turut mengalami hujan lebat, menurut majlis itu.
Di Vietnam, Taufan Wipha atau dikenali sebagai Ribut Nombor 3 oleh penduduk tempatan, memasuki Teluk Tonkin di utara pada Isnin, mengancam kawasan pantai di utara dan tengah utara negara itu, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan.
Kawasan tanah rendah, bandar dan perindustrian di Delta Sungai Merah, Thanh Hoa dan Nghe An terdedah kepada tiupan angin kencang yang boleh mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.
"Hujan berpanjangan selepas taufan dijangka terus menjejaskan utara Vietnam dan sebahagian utara Laos apabila sistem cuaca itu meluaskan pengaruhnya," lapor VietnamPlus pada Isnin.
Pihak berkuasa turut diarahkan memantau pelancongan marin, operasi akuakultur dan pergerakan bot di kawasan pantai berisiko tinggi di Vietnam, menurut portal berita dalam talian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Wipha
#laos
#Vietnam
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan