awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire

Bernama
Bernama
07/12/2024
10:57 MYT
Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Secara purata, antara 1,000 hingga 1,500 orang maut setiap tahun dalam kemalangan jalan raya di Cote d'Ivoire. - Gambar hiasan
BIDJAN: Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan negara itu.
Kenyataan itu memaklumkan tragedi berlaku berhampiran kampung Brokoua apabila satu tayar bas mini meletup dan menyebabkan kemalangan antara dua kenderaan, lapor Xinhua.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Besar Issia, kira-kira 357 kilometer dari Abidjan, hab ekonomi Cote d'Ivoire.
Pasukan kementerian telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca kemalangan, " menurut kenyataan itu.
Secara purata, antara 1,000 hingga 1,500 orang maut setiap tahun dalam kemalangan jalan raya di Cote d'Ivoire, yang mempunyai sekitar 1.5 juta kenderaan di jalan raya, menurut data Kementerian Pengangkutan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Cote d'Ivoire memperkenalkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut, termasuk pelaksanaan sistem mata pada lesen memandu, larangan import kenderaan berusia lebih lima tahun, penyelenggaraan jalan raya dan pemasangan kamera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#kemalangan bas
#Cote d'Ivoire
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan