awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tegaskan komitmen terhadap Indo-Pasifik, nafi dakwaan hilang kepercayaan - Hegseth

Bernama
Bernama
01/11/2025
13:58 MYT
AS tegaskan komitmen terhadap Indo-Pasifik, nafi dakwaan hilang kepercayaan - Hegseth
Hegseth berkata, Amerika Syarikat bangga dengan kerjasama yang terjalin dan komitmen bersama melalui rangka kerja ADMM-Plus dan ASEAN. - Bernama
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmen kukuh dan berterusan terhadap rantau Indo-Pasifik, sekali gus menafikan dakwaan negara itu telah kehilangan keyakinan daripada rakan serantau.
Setiausaha Perang AS Pete Hegseth berkata Washington kekal sebagai negara Pasifik dengan kehadiran yang konsisten dan lama di rantau ini, sambil menegaskan kerjasama menerusi ASEAN serta Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) terus menjadi satu kebanggaan.
"Kami sentiasa sebagai sebuah negara Pasifik. Kami tidak pernah hilang dari rantau ini dan tidak akan ke mana-mana.
"Saya tidak rasa kami telah kehilangan (kepercayaan). Kami bangga dengan kerjasama yang terjalin dan komitmen bersama melalui rangka kerja ADMM-Plus dan ASEAN," katanya kepada pemberita di luar Mesyuarat ADMM-Plus di sini hari ini.
Hegseth berkata Amerika Syarikat mempunyai keupayaan nuklear dan menyifatkan ujian senjata nuklear sebagai langkah yang wajar.
Pada Jumaat lepas, Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa ujian senjata nuklear baharu akan dimulakan segera, dengan alasan untuk menyaingi program ujian serupa di negara lain.
Hegseth turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas layanan mesra selaku tuan rumah ADMM-Plus, sekali gus menekankan penglibatan berterusan Washington dan sokongan terhadap kerjasama serantau dalam pertahanan serta keselamatan.
ADMM-Plus menghimpunkan negara anggota ASEAN dan lapan rakan dialog termasuk AS, China, Jepun, India, Rusia, Australia, Korea Selatan serta New Zealand bagi memperkukuh kerjasama dan dialog serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pete Hegseth
#Amerika Syarikat
#Indo-Pasifik
#rakan serantau
#kerjasama
#ASEAN
#pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan