awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembak? Gantung? Pacquiao percaya hukuman mati paling layak untuk penjenayah dadah

Agensi
Agensi
09/09/2019
14:51 MYT
Tembak? Gantung? Pacquiao percaya hukuman mati paling layak untuk penjenayah dadah
PACQUIAO: Jika anda tanya saya... hukuman tembak sampai mati. - Reuters
Legenda tinju Filipina yang juga seorang senator, Manny Pacquiao, berpendapat penjenayah dadah perlu ditembak sampai mati, lapor Reuters.
Perkara itu semakin menjadi realiti di Filipina, apabila sejak tujuh minggu lalu, 21 usul telah difailkan di Dewan Rakyat dan Dewan Senat untuk memperkenalkan semula hukuman mati untuk jenayah seperti mengedar dadah, menculik, merogol dan membunuh.
Usul itu 'hidup' semula dipercayai atas arahan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang sebelum ini ‘popular’ dengan tindakan agresifnya melancarkan perang dan menghukum penjenayah dadah dengan cara menembak mati.
Sepanjang tindakan itu dibuat, ribuan warga miskin urban negara itu berakhir nyawa tanpa melalui perbicaraan di mahkamah. Namun, pada satu masa, tindakan itu dihentikan sementara berikutan tekanan aktivis hak asasi manusia dan pertubuhan pemantau antarabangsa.
Pacquiao, yang merupakan penyokong tegar Duterte, percaya hanya hukuman mati paling sesuai dijatuhkan ke atas mereka yang terlibat sindiket dadah serius.
“Kita memerlukannya. Di Asia, kitalah antara beberapa negara yang tidak mengenakan hukuman mati, maka banyak gengster dadah dan pengedar masuk negara ini. Ini sangat membimbangkan.
“Jika anda tanya saya... hukuman tembak sampai mati. Namun ia bergantung pada keputusan ramai, asalkan hukuman mati dikembalikan,” ujar Pacquiao yang bertaraf selebriti di negara itu.
Walaupun tinjauan pendapat tentang cara pentadbiran Duterte menunjukkan sosok itu menerima sokongan sehingga 80 peratus, namun kaji selidik yang sama merekodkan reaksi yang bercampur tentang dasar yang diperkenalkannya.
Dalam satu tinjauan pendapat pada 11 bulan lalu, kurang daripada satu per tiga rakyat Filipina mahu hukuman mati dikembalikan.
Topic Berkaitan
#hukuman mati
#legenda tinju
#Manny Pacquiao
#penjenayah dadah
#pesalah dadah
#senator filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan