awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembak penduduk ketika ambil bantuan tidak boleh diterima - PBB

Astro Awani
Astro Awani
29/02/2024
23:20 MYT
Tembak penduduk ketika ambil bantuan tidak boleh diterima - PBB
Antara mangsa yang cedera dalam serangan ketika mendapatkan bantuan makanan dan dibawa ke Hospital al-Shifa untuk mendapatan rawatan. - Foto AP
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam insiden maut di utara Gaza.
Menurut jurucakap PBB Stephane Dujarric, lebih 100 orang dilaporkan terbunuh atau cedera ketika mencari bantuan menyelamatkan nyawa.
“Mereka ini mati kerana ada konflik yang sedang berlaku. Mereka ini mati kerana bantuan kemanusiaan tidak dapat disampaikan dengan selamat.
"Tetapi sama ada orang ramai mati akibat tembakan Israel, sama ada mereka dipijak oleh orang ramai, sama ada mereka dilanggar oleh trak. Ini semua adalah tindakan keganasan, dalam erti kata lain, disebabkan konflik ini," katanya.
Menurutnya, tindakan kejam Israel adalah langsung tidak boleh diterima terutamanya ketika penyaluran bantuan yang sekarang ini sangat mustahil.
Begitupun, Guterres sekali lagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera dan tanpa syarat membebaskan semua tebusan.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata lebih 100 rakyat Palestin telah ditembak mati oleh tentera Israel ketika mereka menunggu penghantaran bantuan pada Khamis.
Tetapi Israel mencabar jumlah kematian dan berkata ramai mangsa telah digilis trak bantuan.
Sekurang-kurangnya 112 orang terbunuh dan lebih 750 cedera dalam kejadian berhampiran bandar Gaza, kata pegawai kesihatan Palestin, ketika jumlah kematian dalam perang hampir lima bulan melepasi 30,000.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#bantuan makanan
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan