awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh darurat kekang protes di Sri Lanka tidak dilanjut

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2022
00:30 MYT
Tempoh darurat kekang protes di Sri Lanka tidak dilanjut
Seramai 22 juta penduduk negara itu mengalami kekurangan barangan keperluan sejak akhir tahun lalu. - Foto AP
COLOMBO: Sri Lanka tidak akan melanjutkan tempoh darurat di negara itu bagi mengawal protes antikerajaan.
Jelas Pejabat Presiden, ia berikutan keadaan di negara itu kini semakin terkawal.
Darurat yang dikenakan Presiden Ranil Wickremesinghe akan berakhir pada Khamis.
Beliau juga mempunyai kuasa untuk memberbaharuinya setiap bulan selepas itu.
Pentadbiran Ranil Wickremesinghe menggunakan undang-undang keras itu empat hari selepas pendahulunya melarikan diri dari negara itu dan meletak jawatan pada 14 Julai.
Ia selepas protes berbulan-bulan berhubung kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang teruk.
Tempoh darurat itu membenarkan tentera dan polis menangkap dan menahan suspek untuk tempoh yang lama.
Dilaporkan seramai 22 juta penduduk negara itu mengalami kekurangan barangan keperluan sejak akhir tahun lalu.
Topic Berkaitan
#darurat
#protes
#krisis
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan