ABDULRAZAK GURNAH bukan siapa-siapa sebelum dekad 20-an, lebih khusus, 2021. Sebelum itu, di usia remaja, dia ialah pelarian, berasal dari Zanzibar, sebuah pulau kecil yang kini berada dalam peta Tanzania.
Lebih daripada itu, Abdulrazak, bukan siapa siapa kerana setiap hari, di zaman usia kanak-kanak, dia membesar menjadi saksi isu kemanusiaan pada dekadnya - pelarian - tidak kira apa sebabnya, sama ada perang,keganasan, cuaca atau perebutan kuasa.
Malah, Abdulrazak juga bukan siapa-siapa walaupun sudah berubah status hidupnya, dari pelarian menjadi penulis kemudian pensyarah di sebuah universiti di England.
Ini kerana, dia tidak popular. 10 novel dihasilkan. Esei kritikan usah cerita,banyak disiarkan di jurnal akademik. Bertahun-tahun juga buah fikirannya membentuk kesarjanaan mahasiswa universiti di Kent, England. Tetapi, sudah nasibnya, dia tidak popular.
Dikatakan tidak popular kerana, novel ditulis Abdulrazak - hampir kesemuanya mengangkat isu kemanusiaan dan pelarian, paling tinggi sekali pun, terjual 3,000 naskhah, itu pun separuh mati penerbit dan pekedai buku mahu menghabiskannya.
Tetapi bekas pensyarah kesusasteraan pasca kolonial bernama Abdulrazak Gurnah ini, peduli apa.
Dia sebaliknya konsisten mengangkat satu tema dan menghasilkan sejumlah novel yang memenuhi satu tema tersebut. Ya, dengan menulis dan terus menulis. Kerana, kepada Abdulrazak, menulis adalah cara untuk memaknai hidup serta kehidupan.
Hanya selepas dia dianugerahkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan minggu lepas, cerita Abdulrazak memaknai hidupnya dengan menulis terbongkar. Sebelum itu, dia bukan siapa-siapa. Sebelum itu, dia tidak popular.
Dalam satu temu bual dengan Daily Mirror, Abdulrazak berkongsi bahawa perjalanan menulis tercetus daripada penulisan diarinya sebagai seorang pelarian ketika Revolusi Zanzibar meletus, waktu itu dia masih remaja.
Dalam temu bual yang lain pula, Abdulrazak turut bercerita bagaimana dia menganggap kemenangannya, yang diperoleh selepas 35 tahun kerja menulis, adalah satu lawak jenaka pada hujung minggu.
“Menulis adalah cara saya memahami kehidupan saya sendiri. Penulisan itu berkembang menjadi penulisan refleksi yang panjang selepas peristiwa dalam hidup dan kehidupan. Saya senang dengan bahasa ibunda Swahili walaupun mengajar dan menulis sastera dalam Bahasa Inggeris,’’ kata Abdulrazak dalam tulisan disiarkan di The Guardian, UK, selepas dia dinobat pemenang Hadiah Nobel Kesusateraan 2021.
Tulisan itu, dan banyak lagi tulisan lain di UK dan di beberapa negara, disiarkan selepas Abdulrazak menang anugerah Nobel Kesusateraan pada minggu lepas. Sebelum itu, Abdulrazak bukan siapa-siapa. Dia tidak popular. Bekas pensyarah ini cuma pelarian dari Zanzibar.
Kini, pelarian dari Zanzibar itu sebaris dengan nama yang popular, penyair Amerika Syarikat, Louise Gluck, bekas Perdana Menteri, UK, Winston Churchil dan Ernest Hemingway, novelis yang juga wartawan Amerika Syarikat.
Dalam rekodnya, Abdulrazak jadi warga kulit hitam kedua terima hadiah bagi kategori itu selepas Wole Sonyinka pada 1986. Kali terakhir rakyat Afrika diberi pengiktirafan itu ialah pada 1993, iaitu kepada Toni Morrioson.
Sungguh, itu sebabnya, Abdulrazak secara tiba-tiba menjadi "sesorang" walaupun sebelum ini dia bukan siapa-siapa.
Sebelum menjadi popular dan kisah hidupnya dibedah, ada beberapa judul novel Abdulrazak memasuki senarai panjang dan senarai pendek anugerah perbukuan antarabangsa.
Tetapi dalam rentang masa 35 tahun menulis, belum rezekinya memenangi apa-apa anugerah pada waktu itu sehingga minggu lepas, apa dia tiba-tiba popular dan diiktiraf pula.
Walaupun menetap di England, Abdulrazak akui bahasa ibundanya tetap Swahili dan bahasa kesusasteraannya, bahasa Inggeris. Disebabkan itu, penggunaan bahasa asing dalam novel-novel tulisannya terlihat dengan jelas.
Berkesempatan membaca ulasan beberapa buku tulisannya – tidak syak lagi, Abdulrazak begitu jujur melukiskan kehidupannya sebagai pelarian menerusi seawal novel pertama lagi, “Memory of Departure”. Begitu juga, kenangan dan memori seorang budak hidup dalam buangan, dikejar ketakutan sangat tulus dirakamkan melalui “Paradise”.
Kemudian dalam “By the Sea” begitu juga. Sama juga “Admiring Silence”, Abdulrazak menjadi dirinya sendiri apabila menulis mengenai seorang anak muda terpaksa meninggalkan Zanzibar untuk menukar hidup di England sebelum berkahwin dan menjadi seorang guru.
Novel terakhir ditulisnya sebelum mendapat anugerah ialah “Afterlives” - tetap sama, temanya mengenai pelarian dan kesan penjajahan Jerman di Tanzania serta bagaimana akibat daripada kolonial itu, ia memecahbelahkan komuniti.
Jauh dari Zanzibar, tetapi dekat dengan kita, di Kuala Lumpur, Malaysia, seorang pelarian Rohingya, Ziaur Rahman cuba memaknai hidupnya melalui penerbitan buku pertama, “Survivor: My Live as a Rohingya Refugee”. Ia baru sahaja masuk pasaran minggu lepas – sama waktunya di mana Abdulrazak menerima pengiktirafan Nobel kerana kerjanya mengangkat isu pelarian, walaupun di sebuah pulau yang tidak dikenali, Zanzibar.
Sama seperti Abdulrazak, Ziaur Rahman, berkongsi bagaimana rasanya menjadi pelarian, menganggap diri tiada harga, terdedah dijual dan diseksa mental fizikal.
Bahawa menjadi pelarian, Rohingya pula, dalam buku pertama, kepada Ziaur Rahman, mereka dianggap kaum paling malang dan dilupakan di planet ini.
“Hidup secara diaspora selepas lari akibat diseksa dan ditindas tentera memerintah, dilayan seperti tiada kelas. Itulah pelarian. Perasaannya lebih teruk daripada digelar yatim piatu,’’ tulis Ziaur Rahman dalam bukunya setebal 115 halaman itu.
Ziaur Rahman baru munculkan satu naskhah, tetapi Abdurrazak sudah 10 memilikinya. Tentu angka bukan satu perbandingan yang bijaksana, di sini.
Pengalaman asam garam hidup Abdulrazak, sudah 72 tahun,sedangkan Ziaur Rahman lihat dunia baru 35 tahun. Tentunya juga, bukan adil dibuat perbandingan dari segi matematiknya.
Namun, menyelak semula peristiwa yang membawa kepada kemenangan Abdulrazak dan menekuni naskhah Ziaur Rahman, sebenarnya menghantar kita semua kepada angka yang sama – 68.8 juta pelarian di seluruh dunia dan kesan akibat peperangan, penindasan, keganasan dan cuaca global.
Data Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dedahkan, dengan berlakunya peperangan, keganasan dan penindasan terutama di Myanmar dan Syria, jumlah ini akan menjadi momok menakutkan hari demi hari.
Data dari agensi PBB itu pada 2021 menambah, misalnya, pelarian dari Myanmar bertambah lebih sekali ganda kepada 1.2 juta, ketika mana tindakan keras tentera negara itu memaksa beratus-ratus ribu Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, jika tidak Bangladesh, Malaysia, kalau tidak Malaysia, Indonesia.
Fakta mengenai pelarian global pula, negara Eropah terutama Greece, Itali, Jerman dan Perancis kini menjadi tumpuan pelarian dari Syria, Libya dan Afghanistan.
Banyak masalah ditimbulkan lebih tiga juta pelarian Islam yang kini bertaburan di empat negara Eropah itu disebabkan krisis kehadiran mendadak pelarian Syria dan Libya sejak 2013 hingga sekarang.
Manakala pelarian Afghanistan, sesudah jatuh ke tangan Taliban semula tahun 2021, semakin ramai menyusup masuk ke pelbagai negara Eropah sejak 1980-an.
Eropah menerima beban besar berikutan krisis perang saudara yang berpanjangan di beberapa negara Islam sejak 2001 hingga sekarang. Untuk itu, kita hargai kebaikan masyarakat Eropah yang menerima dan melayan pelarian Islam atas nama kemanusiaan.
Namun, persoalan sama timbul, di negara kita sendiri, atas dasar apakah kita begitu membenci pelarian Rohingya dan berkembang menjadi xenophobia yang begitu tinggi sehingga kini?
Apakah kerana marahkan seorang pengguna Facebooke bernama Long Tiger yang dikenal pasti rakyat Myanmar,menyamar Melayu? Atau, isu penguasaan pendatang Rohingya di tapak menjual sayur di Pasar Borong Selayang? Atau apa sebenarnya salah Rohingya, sehingga kemudian diciptakan seribu alasan lain mengenai keburukan mereka, yang asalnya Muslim miskin dan tiada warganegara di pertiwi sendiri, Myanmar, lalu menyisihkan mereka?
Bandingkan ini pula. Kerana ini masih isu pelarian. Tetap masalah global. Kekal isu kemanusiaan sebagaimana dibangkitkan Abdulrazak, pemenang hadiah Nobel Kesusasteraan 2021.
Apakah masyarakat Kristian Eropah tidak memiliki alasan untuk menghalau lebih tiga juta umat Islam yang kini tinggal berselerak di pelbagai negara yang mengamalkan prinsip sekular dan ajaran Kristian? Kenapa komuniti sekular Eropah dan Kristian Itali dan Ortodoks Greece menerima umat Islam yang lari dari Syria dan Libya, dengan baik pula, tanpa prasangka, sedangkan kita tidak boleh berbuat begitu?
“Saya tidak faham, kenapa sampai begitu sekali benci masyarakat Malaysia kepada Rohingya,” kata Ziaur Rahman kepada saya dalam satu mesej di Messenger, sebenarnya untuk mengucapkan terima kasih kerana memiliki naskhah pertama tulisannya.
Sikap masyarakat kepada pelarian ini cepat berubah, tambah Ziaur Rahman sebelum meneruskan kata bahawa dia masih ingat bagaimana berpuluh-puluh ribu umat Islam berhimpun menyatakan solidariti, memprotes setengah mati di depan kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 2018.
“Sikap itu jadi tidak sama apabila Covid-19 melanda. Ketika ekonomi mula menampakkan kemeruduman, kehadiran lebih 150,000 pelarian, barangkali dianggap beban yang bukan untuk dikasihani lagi sebaliknya satu ancaman.”
Kesedihan, hidup dalam caci-maki, hasut menghasut dan terus-terusan trauma, diangkat Ziaur Rahman dalam bukunya itu, sebuah kisah jujur mengenai pelarian, yang diharap menjujurkan kita terhadap kumpulan ini.
Kalau Zanzibar itu jauh dari radar Malaysia, pertimbangkan pelarian dalam orbit yang lebih dekat, pelarian Rohingya di Malaysia.
Kita percaya, baik di Zanzibar atau di Malaysia, kerja sastera Abdulrazak dan Ziaur Rahman adalah untuk memaknai hidup. Kepada Abdulrazak dan Ziaur Rahman, kedua-duanya percaya, tulisan diharap jadi ubat mujarab untuk menawarkan kemanusiaan kepada manusia. Ia mungkin sukar, tetapi tidak juga susah.
Abdulrazak sudah ada lorongnya. Ziaur Rahman, barangkali masih jauh. Pun begitu, membaca dan memahami hal serta masalah pelarian diharap menjujurkan kita semua. Tiada siapa tahu, pada akhirnya nanti, sastera dapat memujarabkan manusia supaya lebih manusiawi, atau setidak-tidaknya manusiawi kepada pelarian dalam 10 novel Abdulrazak dan satu karya Ziaur Rahman itu, lebih dimengerti.
* Azlinariah Abdullah ialah pengkaji Sosiologi dan Budaya Institut Asia-Eropah (AEI), Universiti Malaya dan penulis buku Pengembara Tanpa Pasport dan Air Mata Kesengsaraan Rohingya : Identiti, Penindasan dan Pelarian
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Azlinariah Abdullah
Sat Oct 16 2021
Pelarian, tema yang diangkat dalam kerja penulisan membolehkan novelis kelahiran Zanzibar, Abdulrazak Gurnah dipilih menjadi pemenang hadiah Nobel Kesusasteraan 2021, minggu lepas. _ Gambar Reuters
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Lebih 415,000 pelarian Gaza berlindung di sekolah PBB - UNRWA
Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan pada Ahad lebih 415,000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian, kini berlindung di bangunan sekol
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Indonesia bongkar rangkaian penyeludupan manusia libatkan pelarian Rohingya di Aceh
Polis Aceh mengesahkan bahawa tiga suspek telah dikenal pasti manakala lapan lagi kekal dalam senarai dikehendaki.
Ketua Pelarian PBB gesa negara tamatkan kawalan sempadan yang 'tidak berkesan'
Filippo Grandi menekankan pentingnya program penginapan sah dan regularisasi serta memperluas laluan sah untuk migran dan pelarian.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Kini, giliran Syria menjadi tuan rumah kepada penduduk yang terdesak mencari perlindungan dari peperangan.
Lantang bersuara hentikan perang Gaza, bina semula institusi pendidikan - Dr Wan Azizah
Masyarakat dunia diseru bersatu dalam menyuarakan desakan menghentikan perang di Gaza, yang telah memusnahkan institusi pendidikan di Palestin.