DUNIA
Tentera dikerah reda protes ganas di Nepal, 19 terbunuh
Penunjuk perasaan melaungkan slogan sambil berdiri di atas penghadang ketika bantahan terhadap rasuah dan keputusan kerajaan menyekat beberapa platform media sosial, di Kathmandu, Nepal, pada Isnin. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Nepal pada Isnin mengerahkan tentera selepas pergelutan antara penunjuk perasaan dan polis berhubung larangan media sosial serta dakwaan rasuah mengorbankan 19 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Keputusan itu dibuat selepas penunjuk perasaan menceroboh zon larangan dan memasuki kawasan Parlimen Persekutuan, sekali gus mencetuskan perintah berkurung, lapor Himalayan Times.
Sekurang-kurangnya 347 orang cedera dengan hospital sesak menampung mangsa, manakala puluhan lagi dilaporkan kritikal, menurut Kathmandu Post.
Pegawai rasmi masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung jumlah korban.
Menurut pegawai hospital, sekurang-kurangnya 17 orang meninggal dunia di beberapa hospital di Kathmandu sahaja.
Di Sunsari, dua penunjuk perasaan yang ditembak ketika demonstrasi di Itahari turut maut akibat kecederaan, menjadikan jumlah korban di seluruh negara meningkat kepada 19 orang, menurut laporan itu.
Pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung di Kathmandu susulan protes berdarah itu.
Penunjuk perasaan "Generasi Z" memecahkan benteng polis dan memanjat pagar parlimen ketika pasukan keselamatan bertindak balas menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan mereka, walaupun kumpulan itu sebelum ini berikrar kekal aman, menurut pelbagai laporan media serta gambar dan rakaman yang dikongsi dalam talian.
Protes berlangsung di Kathmandu, Pokhara, Butwal, Biratnagar dan bandar lain bagi membantah dakwaan rasuah serta larangan media sosial.
Minggu lalu, Nepal bertindak menyekat beberapa platform media sosial utama selepas ia gagal mendaftar dengan pihak berkuasa negara itu.
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat menguatkuasakan larangan tersebut selepas memberi syarikat berkenaan tempoh tujuh hari bermula 28 Ogos untuk mendaftar dengan kerajaan.
Platform yang disekat termasuk Facebook, Instagram dan WhatsApp milik syarikat AS, Meta, bersama YouTube, syarikat media sosial AS X, Reddit dan LinkedIn.
Sekatan itu akan ditarik balik sebaik sahaja syarikat berkenaan mendaftar dengan pihak berkuasa.
Parti pembangkang utama Nepal mengkritik keputusan tersebut.
-- BERNAMA