Tentera Israel langgar gencatan senjata, warga Palestin terbunuh di Gaza

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya 357 warga Palestin terbunuh dan 903 lagi cedera akibat tembakan tentera sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Okt. - Gambar fail/REUTERS
BANDAR GAZA/ISTANBUL: Tentera Israel membunuh seorang warga Palestin pada Isnin di utara Semenanjung Gaza dan menyerang beberapa lokasi di selatan, dalam pelanggaran terbaharu perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik sumber perubatan.
Ringkasan AI
- Tentera Israel membunuh seorang warga Palestin di utara Gaza dan menyerang beberapa lokasi di selatan, melanggar perjanjian gencatan senjata.
- Serangan tentera Israel mengakibatkan seorang warga Palestin terbunuh di Zeitoun, Gaza City, serta pengeboman di Rafah dan Khan Younis.
- Sejak perjanjian gencatan senjata pada 10 Oktober, 357 warga Palestin terbunuh dan 903 cedera; perjanjian ini berusaha hentikan serangan Israel yang sejak 2023 telah mengorbankan ribuan nyawa.
Tiada laporan segera mengenai jumlah korban.
Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya 357 warga Palestin terbunuh dan 903 lagi cedera akibat tembakan tentera sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Okt.
Perjanjian gencatan senjata itu, yang diusahakan Turkiye, Mesir dan Qatar, serta disokong oleh Amerika Syarikat, menghentikan serangan Israel selama dua tahun yang membunuh lebih 70,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan mencederakan lebih 170,000 yang lain sejak Oktober 2023.
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata termasuk pembebasan tawanan Israel sebagai pertukaran kepada tahanan Palestin. Rancangan itu juga membayangkan pembinaan semula Gaza dan penubuhan mekanisme tadbir urus baharu tanpa Hamas.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


