Skip to main content

Dunia

Tentera Israel letupkan pusat jagaan warga emas di selatan Lubnan

People check debris of a destroyed house that was hit on Thursday in an Israeli airstrike in Arab Salim village, southern Lebanon, Friday, Aug. 28, 2026. (AP Photo/Mohammed Zaatari)
Penduduk memeriksa keadaan sebuah rumah yang musnah akibat serangan udara Israel pada Khamis di kampung Arab Salim, selatan Lubnan, 28 Ogos 2026. (Foto AP)
Advertisement

ISTANBUL: Tentera Israel pada Sabtu meletupkan sebuah pusat jagaan warga emas di selatan Lubnan, dalam satu lagi pencabulan terhadap kedaulatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), laporan itu menyebut pusat jagaan sosial warga emas berkenaan terletak di bandar Houla, daerah Marjayoun.

Tentera Israel turut merobohkan beberapa bangunan di antara bandar Markaba dan Rab El Thalathine dalam daerah berkenaan.

Di daerah Nabatieh di selatan Lubnan, sebuah dron Israel menyerang kawasan lapang di antara Jarmaq dan Kfar Remman, manakala bedilan artileri menyasarkan kawasan pinggir bandar Zawtar al-Gharbiyeh.

Artileri Israel turut membedil kawasan di antara bandar Haddatha dan Haris.

Pada 26 Jun, Lubnan dan Israel mencapai perjanjian rangka kerja yang dimudahcara Amerika Syarikat, yang memperuntukkan pengunduran tentera Israel secara berperingkat sebagai pertukaran kepada penempatan tentera Lubnan serta pelucutan senjata kumpulan bersenjata, termasuk Hizbullah.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement