awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel terus lakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

Bernama
Bernama
10/09/2024
10:20 MYT
Tentera Israel terus lakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Penduduk Palestin meninjau kesan serangan Israel ke atas kem khemah di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis. - Gambar/ Reuters
GAZA: Tentera pendudukan Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza selepas melancarkan serangan udara yang menyasarkan kawasan khemah pelarian di Mawasi Khan Yunis, pada awal pagi Selasa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Pembunuhan yang berlaku berhampiran Hospital British di pintu masuk kawasan Mawasi menyebabkan puluhan orang awam terkorban dan cedera, termasuk sejumlah besar kanak-kanak dan wanita, manakala ramai lagi masih hilang.
Pasukan perubatan berkata, seramai 40 mayat ditemukan dan 60 lagi cedera selepas tiga jam operasi menyelamat dilaksanakan di Mawasi Khan Yunis.
Pertahanan Awam memaklumkan pihaknya berdepan satu daripada pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam sejak permulaan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Menurut laporan akhbar dan media tempatan, lima peluru berpandu digunakan dalam serangan itu menyebabkan kemusnahan sepenuhnya.
Kawasan itu kini dalam keadaan huru-hara, dengan kehadiran pesawat pengintip Israel di lokasi, di tengah-tengah gangguan bekalan elektrik dan kebakaran akibat pengeboman.
Paramedik daripada Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pasukan perubatan menghadapi cabaran besar untuk mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera akibat kemusnahan besar di kawasan terbabit.
Pengeboman ini berlaku dalam rangka serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang amat kritikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#Gaza
#serangan baharu
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan