awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Nigeria dan Boko Haram capai gencatan senjata

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2014
01:41 MYT
Tentera Nigeria dan Boko Haram capai gencatan senjata
Aktiviti pemisah Boko Haram bermula sejak 2009, dengan sejumlah 2,000 penduduk awam dilaporkan terbunuh tahun ini - Gambar fail
Tentera Nigeria mendakwa berjaya mencapai perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan militan Boko Haram.
Menerusi perjanjian itu, kumpulan militan terbabit bersetuju membebaskan pelajar perempuan yang diculik.
Persetujuan gencatan senjata itu diumumkan ketua turus pertahanan, Alex Badeh. Bagaimanapun, Boko Haram belum membuat sebarang pengumuman rasmi.
Ketua Tentera Udara memberitahu, perjanjian itu diumum di akhir mesyuarat tertutup selama tiga hari, antara Nigeria dan Cameroon.
Sementara itu, Pembantu Presiden Nigeria memaklumkan perjanjian dicapai selepas rundingan selama sebulan.
Boko haram dilaporkan mengumumkan gencatan senjata secara unilateral, dan kemudian kerajaan memberi reaksi kepada pengumuman itu.
Pembebasan pelajar perempuan yang diculik akan dimuktamad pada satu lagi mesyuarat di ibu kota Chad. Rundingan ini juga dikatakan mendapat lampu hijau dari pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau.
Aktiviti pemisah Boko Haram bermula sejak 2009, dengan sejumlah 2,000 penduduk awam dilaporkan terbunuh tahun ini.
Gerakan kumpulan ini mula mendapat perhatian dunia enam bulan lalu selepas mereka menculik lebih 200 pelajar perempuan. Penculikan tersebut berlaku di utara Bandar Chibok.
Topic Berkaitan
#Alex Badeh
#Boko Haram
#gencatan senjata
#Tentera Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan