Tentera pemberontak Rohingya mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak selama sebulan bermula hari ini bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada etnik Rohingya yang dihimpit krisis di Barat Laut Myanmar itu.
Lebih 300,000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh manakala 30 ribu yang lain kehilangan tempat tinggal setelah pihak tentera melancarkan serangan ke atas tentera Arakan Rohingya Salvation Army atau ARSA, yang didakwa telah melancarkan serangan ke atas 30 pondok polis dan tentera Myanmar pada 25 Ogos lalu.
“ARSA menggalakkan pihak-pihak yang prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan untuk meneruskan bantuan terhadap mangsa, tidak mengira latar belakang etnik atau agama sepanjang tempoh gencatan senjata ini berlangsung,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.
KLIK MICROSITE: Sinar4Rohingya,solidariti untuk kemanusiaan
Kesan kepada gencatan senjata itu bagaimanapun tidak jelas. Sehingga kini keberkesanan kempen yang dilancarkan oleh ARSA di negeri Rakhine gagal menandingi keupayaan pihak tentera.
Sejak dua minggu lalu ribuan rumah penduduk telah dibakar, puluhan ditahan dan ribuan melarikan diri ke sempadan Bangldesh.
Kenyataan itu turut meminta pihak tentera melakukan perkara yang sama, meletakkan senjata buat seketika bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan.
Agensi
Sun Sep 10 2017
Lebih 300,000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh manakala 30 ribu yang lain kehilangan tempat tinggal setelah pihak tentera melancarkan serangan ke atas tentera Arakan Rohingya Salvation Army atau ARSA. - Foto REUTERS
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Malaysia asingkan diri daripada kenyataan Pengerusi ASEAN mengenai Rakhine
Kenyataan itu tidak berdasarkan konsensus memandangkan Malaysia telah menyatakan kebimbangannya berhubung isu itu tetapi dokumen tersebut tidak mencerminkan keadaan itu.
Tentera pemberontak Rohingya umum gencatan senjata
Tentera pemberontak Rohingya mengumumkan gencatan senjata selama sebulan bermula hari ini bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada etnik Rohingya.