awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka AS: Media diminta tidak siarkan reaksi negatif terhadap kunjungan Trump

Bernama
Bernama
07/09/2025
11:24 MYT
Terbuka AS: Media diminta tidak siarkan reaksi negatif terhadap kunjungan Trump
Trump dijangka menyaksikan pertembungan antara Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz di New York, dengan kawalan keselamatan di Flushing Meadows diperketat sebagai persediaan. - Reuters
LONDON: Penyiar kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat telah diarahkan supaya tidak menyiarkan reaksi negatif penonton terhadap Presiden Donald Trump semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki pada Ahad, lapor PA Media/dpa.
Trump dijangka menyaksikan pertembungan antara Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz di New York, dengan kawalan keselamatan di Flushing Meadows diperketat sebagai persediaan.
Trump sebelum ini kerap menghadiri kejohanan Terbuka AS tetapi tidak lagi hadir sejak 2015, setahun sebelum beliau dipilih sebagai presiden buat pertama kali, apabila beliau diejek penonton.
Menurut e-mel kepada penyiar yang dilihat PA Media, Trump, 79, akan ditunjukkan di skrin semasa nyanyian lagu kebangsaan sebelum perlawanan bermula.
Mesej itu menambah: "Kami meminta semua penyiar supaya tidak menyiarkan sebarang gangguan atau reaksi berhubung kehadiran presiden dalam apa jua kapasiti."
Lawatan Trump itu dijangka menarik tumpuan daripada perlawanan Alcaraz dan Sinner, yang bertemu dalam final grand slam ketiga berturut-turut.
Bagaimanapun, Alcaraz berkata kehadiran presiden adalah sesuatu yang baik untuk tenis."Bagi saya, ia satu keistimewaan apabila presiden dari mana-mana negara hadir untuk menyokong kejohanan, menyokong tenis dan menyokong perlawanan.
"Bagi saya, bermain di hadapannya, saya akan cuba untuk tidak memberi tumpuan kepadanya, dan saya tidak mahu rasa gugup kerananya. Tetapi saya fikir, kehadiran presiden di final adalah sesuatu yang baik untuk tenis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka AS
#reaksi negatif
#liputan media
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan